RTM oh RTM

KUALA TERENGGANU: Kerajaan akan memastikan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah terus menikmati siaran televisyen secara percuma walaupun Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengalami transformasi penyiaran digital sepenuhnya menjelang 2012.

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata kerajaan akan mengkaji mekanisme yang membolehkan rakyat terutama golongan kurang berkemampuan terus menerima khidmat siaran RTM secara percuma, termasuk kemungkinan menanggung kos pemasangan dekoder di kediaman mereka.

Beliau berkata, bagi memastikan semua lapisan rakyat di negara ini tidak ketinggalan dalam penerimaan maklumat dan mampu menerima siaran televisyen digital, kerajaan mungkin akan menanggung kos pemasangan dekoder di rumah golongan berpendapatan rendah ke dalam kos operasi pendigitalan siaran RTM.


mat..banyak lagi benda yang hang kena wat...dok nampak dah nanti rakyat kena ayar lebih...puuiiihhhh!!!!

No comments

Powered by Blogger.