Sangkalan Shaharir terhadap Jawapan Kedua Dr. Mahathir mengenai PPSMI - malaysiakini

copy-of-mansuh-ppsmi-shahrir

Ini adalah jawapan Dr. Mahathir pada 5 Januari 2009 terhadap ulasan ramai pihak, katanya, terhadap pandangan pertamanya (dalam blognya pada pertengahan tahun 2008 dahulu) tentang isu pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (yang kini dikenali sebagai PPSMI).

Namun, beliau nampaknya tidak menjawab balik satu pun akan sangkalan balas saya terhadap pandangan pertama beliau dahulu itu yang saya pos kepada blog beliau dan saya siarkan juga dalam laman saya, komshaha, dan ternyata banyak juga disiarkan di dalam laman atau blog yang lain lagi seperti kesturi atau ASASIi, Prihatin dan PKPIM. Ini bermakna Dr. Mahathir sengaja tidak mahu menjawab balik jawaban saya dahulu.

Kini, ternyata beliau lari daripada beberapa tujuan asalnya beliau memperkenalkan PPSMI dahulu, di samping banyak yang beliau mengulangi perkara yang sama yang agak memualkan, lebih-lebih lagi isu itu sudah saya jawab untuk dijawab balik oleh beliau.

Apa pun “jawapan beliau” ini saya siarkan semula di bawah ini bagi memudahkan pembaca melihat konteks sangkalan balas saya satu persatunya pula. Bilangan bermula dengan 22 itu adalah bilangan asalnya kerana bilangan sebelumnya, bilangan 1 hingga 21, ialah jawaban beliau kepada perkara lain yang tiada kena mengena dengan PPSMI.

http://profabdullah1.wordpress.com/2009/02/20/sangkalan-shaharir-terhadap-jawapan-kedua-dr-mahathir-mengenai-ppsmi/


No comments

Powered by Blogger.