satu lagi projek keRajaan BN - malaysiakini
Tarif air dijangka naik
KUALA LUMPUR: Pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mungkin berdepan kenaikan tarif air sebanyak 37 peratus sekiranya tawaran pengambilalihan aset syarikat konsesi air dan Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) gagal dicapai sebelum 31 Mac ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Teo Yen Hua, berkata pengambilalihan syarikat konsesi air oleh PAAB itu bertujuan memastikan perolehan dibuat secara cekap dan telus pada kos lebih murah.
"Kenaikan tarif air adalah sesuatu tidak dapat dielakkan bagi memastikan kepentingan pengguna dan kemapanan industri air terjamin.
"Kenaikan itu mungkin berlaku kerana pembiayaan syarikat konsesi pada ketika ini agak mahal kerana ia dimiliki sektor swasta, sekali gus meningkatkan kos yang perlu ditanggung syarikat menyebabkan kerajaan perlu menaikkan tarif air,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen, semalam.
Teo berkata, ketika ini, penstrukturan semula industri air Selangor membabitkan rundingan semula empat perjanjian konsesi penswastaan yang sudah ditandatangani kerajaan negeri.
"Sebelum ini kita beri lanjutan masa bagi pihak terbabit memuktamadkan perjanjian sebelum akhir September 2008 dan dilanjutkan hingga akhir 2008 dan seterusnya hingga 14 Februari lalu tetapi tiada maklum balas diterima,” katanya.
terima kasih najib...hang pegang menteri duit ni negara makin jadi kacau la...dasar badi altantuya la najis
No comments
Post a Comment