Sivakumar : Saya masih Speaker Dewan Undangan Negeri Perak

13 Feb.IPOH: Adun Tronoh V. Sivakumar mengumumkan bahawa beliau masih merupakan Yang Dipertua dewan Undangan Negeri.

Mengulas laporan sebuah surat khabar Tamil yang mendakwa beliau telah terlucut dari jawatan tersebut selepas Barisan Nasional merampas Kerajaan Perak, Sivakumar berkata :

“Ramai yang menyangka saya telah kehilangan jawatan tersebut.Itu adalah tidak benar.Saya dilantik melalui proses undian oleh Dewan undangan dan hanya akan dilucutkan melalui proses yang sama,” katanya dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkannya hari ini.

Sivakumar berkata , beliau akan meneruskan tugas dan tanggungjawabnya sebagai yang Dipertua Dewan dan berhak keatas kemudahan yang diperuntukan keatasnya.

No comments

Powered by Blogger.