Strategi lompat tak jadi?!


Semuanya berlaku pada hari yang sama, iaitu pada hari ini. Mula-mula Mat Saman Kati tulis:
Ezam dah malu. Najib tok sah cakap la. Jadi untuk menebus kemaluan ini, Ezam terpaksa membuat satu lagi ‘media stunt’. Hari Selasa ini, satu sidang media akan diadakan dengan mengumumkan seorang pemimpin PKR akan menyertai Umno. Sapa dia? Fauzi Muda!

Dia ni sorang lagi orang kuat Hj. Osman. Masa Hj. Osman jadi Ketua PKR Perak dulu, Fauzi Muda jadi Ketua Penerangan. Tapi banyak skandal. Dia dulu Ketua Bahagian Ipoh Barat. Bergaduh dengan Timbalannya..Arjunan. Dulu ada satu kes yang melibatkan Fauzi Muda dan Arjunan. Kat sini.
Hari ini, dalam berita bertajuk "'Najib janji RM50 juta untuk lompat parti'," Malaysiakini melaporkan:
Ketua bahagian PKR Ipoh Barat, Fauzi Muda mendakwa bahawa Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mencuba tahun lalu untuk memujuknya supaya melobi dua ahli dewan undangan negeri (Adun) Pakatan Rakyat) di Perak supaya melompat parti.

Fauzi mendakwa, beliau telah ditawar sejumlah RM50 juta bagi perkhidmatannya itu dan untuk membayar mereka yang berjaya dipujuk melompat parti (Akuan bersumpah di sini. Sila lihat tarikh).
Dalam berita bertajuk "Osman akan 'timbul' sehari dua lagi..." pula, Malaysiakini melaporkan:
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering, Kapten (B) Mohd Osman Jailu akan
'timbul' dua tiga hari lagi, kata seorang wakilnya hari ini.

Wakilnya itu, Puzi Ghazali memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar, selepas membaca kenyataan Osman, di sebuah hotel di Shah Alam petang tadi, menafikan beliau telah meletak jawatan sebagai Adun atau melompat parti.
Adakah semuanya helah mimpi tak jadi nak cover-cover? Lu pk la sendiri!

penarik beca

No comments

Powered by Blogger.