Sultan bukan musuh kita

Oleh IkangDukang



" Pertama sekali perlu dimengertikan kepada semua rakyat jelata bahawa Pakatan Rakyat sama sekali tidak memusuhi sultan. Isu saman-menyaman jangan termakan.. Ternyata para pemimpin Pakatan Rakyat tidak tersasar sejauh itu.


Melayu dengan raja ada sentimen. Ada sejarah mengemudikan bangsa. Kita bukan mahu jadi Hang Tuah yang mengikut segala taat semata. Namun tidak bercita-cita untuk menjadi Si Jebat yang dikatakan derhaka. Kita hendak jadi jelmaan Salahuddin al-Ayubi yang gagah berjuang dengan iman dan berani menegak kebenaran.

Jangan dilaratkan sengketa dengan istana. Penulis juga tidak sependapat dengan titah raja. Jasa raja merestui kerajaan kita dan berbuat baik dengan pemimpin tercinta dalam 11 bulan yang penuh warna tidak akan dilupa sekejap cuma. Tidak akan banjir dek hujan sehari sedang kemarau berbulan berjaya dilalui. Penulis simpati akan apa yang terjadi. Merintihi kezaliman si kuku besi. Kalau benar salah raja, apa salah dimaafkan. Baginda terperangkap di tengah sempadan. Antara musuh yang gila kuasa dengan rakyat yang mencari kebenaran.




Fokuslah kepada musuh yang satu. UMNO laknat yang tak pernah jemu. Merasuah rakyat dan berselindung di balik polis dan FRU. Kita cuma bersengketa dengan puak durjana yang terdiri dari NAJIBS dan geng-gengnya. Kita ada cara kita. Lebih baik kita berterusan memulau sidang DUN yang mereka akan adakan. Biar mereka memerintah seperti kera. Majlis rasmi mereka hendaklah berterusan dipulau oleh pelbagai bangsa. Jangan bekerjasama dengan kerajaan haram. Pulaukan MBeruk mereka.



Pulaukan mereka dan keluarga mereka. Biar mereka sakit jiwa. Biarlah mereka memerintah dalam derita. Lama-lama merenglah mereka. Disumpah seranah oleh rakyat sepanjang masa. Atas dunia dihina. Bila mati bumi tak terima.

No comments

Powered by Blogger.