Sultan Selangor serah kepada MB buat keputusan - malaysiakini



SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menyerahkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, membuat keputusan berhubung kedudukan Elizabeth Wong Keat Ping sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan dan Exco kerajaan negeri.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, berkata baginda tidak dapat memberi panduan atau nasihat kepada Abdul Khalid berhubung kes Wong kerana ia masih dalam siasatan polis dan membabitkan kedudukannya dalam politik.

Katanya, sebagai Sultan Selangor, baginda berkecuali dalam hal ehwal politik.


"Baginda yakin atas apa jua keputusan yang akan diambil Menteri Besar dan percaya ia dibuat secara adil dan bijaksana dengan mengambil kira kepentingan rakyat dan negeri," katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Kenyataan dua halaman itu dikeluarkan selepas Menteri Besar menghadap Sultan Selangor di Istana Mestika, di sini, untuk menyembahkan perkembangan hal ehwal pentadbiran negeri serta isu membabitkan Wong.

No comments

Powered by Blogger.