ada orang kata krisis ini ada kaitan dengan pihak istana?
Akhirnya berjaya juga Barisan Nasional menukar tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Semuanya hasil dari koordinasi yang bersepadu yang dilakukan oleh beberapa pihak (Barisan Nasional dan NGO tempatan) yang bergerak maju sewenangnya dengan bantuan kewangan yang “MAHA” besar.
Maklumat yang saya terima mengatakan bahawa usaha merampas kembali Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan telah direncanakan oleh pihak Istana Perak. Rakyat tempatan Negeri Perak Darul Ridzuan sudah lama mendengar titah yang mengatakan bahawa pihak Istana tidak boleh bekerjasama dengan Kerajaan Pakatan Rakyat.
Malah semua ini dilakukan pada tarikh dan masa yang tepat demi untuk meraikan ulangtahun pemerintahan ke 25 sebagai satu hadiah kepada Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.
Tahniah sekali lagi ingin saya ucapkan kepada Media Prima melalui saluran utamanya TV3 kerana berjaya melakukan propaganda yang berkesan sehingga tertumbangnya Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Perak dalam tempoh 11 bulan sejak memenanginya dalam PRU 12. Tanpa kerjasama yang mantap dari Media Prima (terutamanya TV3) tentulah usaha ini tidak akan menjadi kenyataan.
Apa yang pastinya rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan akan dapat merasai limpahan kemakmuran, pembangunan dan sebagainya yang boleh dibawa oleh Kerajaan Barisan Nasional hasil dari salahguna kuasa, rasuah dan sebagainya yang Kerajaan Barisan Nasional sememangnya mengamalkan sejak lebih 50 tahun yang lepas.
Kepada Najib Razak, apalah kiranya sudi untuk menobatkan Zahid Hamidi menjadi Menteri Besar Perak Darul Ridzuan kerana Tajol Rosli amat lemah kepimpinannya. Sekaligus ini akan menaikkan “rating” Najib Razak berbanding Abdullah Ahmad Badawi yang pastinya akan disingkirkan dengan sebegitu hina pada Mesyuarat Agong UMNO Mac 2009 nanti.
Saya ingin mengingatkan Najib Razak supaya janganlah “ingka sangat” (bahasa Perak bermaksud terlalu suka yang melampau) atas kejayaan menumbangkan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan kerana badi Altantuya pastinya akan menghantui Najib Razak selamanya.
No comments
Post a Comment