Tiada rancangan guna ISA terhadap Karpal, Nizar

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tiada rancangan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap Karpal Singh dan Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin berhubung bantahan terhadap penubuhan kerajaan Perak yang baru.

Perdana Menteri berkata demikian di sini, hari ini berhubung desakan orang ramai, termasuk pertubuhan Melayu agar Pengerusi DAP dan bekas Menteri Besar Perak itu diambil tindakan kerana menghina titah Sultan Perak.

No comments

Powered by Blogger.