Tunjukkan wajah Azilah dan Sirul sebelum keputusan diumumkan - malaysiakini
Debaran menanti tarikh keputusan hakim pada 9 April 2009 berhubung kes pembunuhan Altantuya begitu begitu terasa kini. Pastinya Cif Inspektor Azilah Hadri, 33, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 37 lebih berdebar menantikan keputusan hidup dan mati mereka.
Namun sebelum kes ini ditutup, rakyat diluar khususnya keluarga mangsa pastinya ingin melihat wajah kedua-dua tertuduh itu. Sebelum ini, hanya wajah tertuduh ketiga yang telah dibebaskan, Abdul Razak Abdullah Baginda sahaja yang dapat dilihat.
Ini adalah kes pembunuhan kejam. Kalau wajah Razak yang hanya dituduh bersubahat boleh diambil oleh media, kenapa Azilah dan Sirul sebagai tertuduh pertama tidak didedahkan wajahnya.
Kalau masih ingat kes Mona Fandey yang membunuh seorang exco kerajaan negeri Pahang, Datuk Mazlan pada 1993. Wajah beliau sebagai tertuduh begitu senang diambil oleh wartawan.
Begitu juga dengan kes yang melibatkan Datuk Mokhtar Hashim, seorang mantan Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati setelah didapati bersalah atas tuduhan membunuh Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Mohamad Taha Talib-Kedua-dua mereka adalah pimpinan Umno Negeri Sembilan.
Jadi rakyat dan masyarakat dunia melihat perbicaraan kes ini menjadi pelik dengan apa yang dilakukan oleh Azilah dan Sirul yang sentiasa bertopeng ketika muncul dikhalayak ramai.
Jika mereka bersalah mahkamah boleh hukum jika tidak bebaskan sahaja, tapi apa yang penting rakyat mahu tahu siapa dia.
Malah ada teori-teori nakal yang mengatakan bahawa hukuman gantung akan diberikan bagi menutup kes ini walaupun Sirul mendakwa ada dalang lain disebalik kes ini.
Walaubagaimana pun, ketika hukuman mati yang hanya dihadiri orang-orang tertentu, mereka tidak digantung. Yang digantung adalah orang lain yang sememangnya ada kes untuk digantung tetapi tidak sepopular mereka.
Kemudian mereka akan dibebaskan senyap-senyap dan ditukar identiti sebelum dihantar ke luar negara. Kes akan ditutup begitu sahaja dan dalang tidak akan dicari lagi samalah seperti kes Norita yang kini sudah senyap sepi selepas Hanif Basri dibebaskan. Menariknya rakyat tak boleh kata apa-apa kerana mahkamah telah jalankan tanggungjawabnya, Polis juga begitu dan pada mata rakyat dipaparkan bahawa ’Sirul’ dan ‘Azilah’ sudah dihukum.
Kalau baca teori itu, nampak macam plot cerita Hollywood. Malas nak percaya, tak perlu percaya pun. Sesiapa pun boleh reka teori mereka, tapi kita harus yakin dengan undang-undang dan kredibiliti Polis. Dalam apa jua keadaan rakyat tetap berharap untuk melihat wajah kedua mereka. Sekurang-kurangnya bila lihat wajah mereka cerita plot yang direka-reka ini akan mati begitu sahaja.
No comments
Post a Comment