umno pelacur bangsa?


Memanglah, Umno buat demonstrasi, MCA dan Gerakan duduk rumah goyang kaki dan dapat kuasa legistatif dari kawasan majoriti Melayu (bukan setakat tanah tapak rumah) dan gelak sakan tak kering gusi!!

Sifat pondan dan dayus untuk bertanding di kawasan majoriti Cina sahaja seperti yang dilakukan hampir semua calon DAP dibubuh nama power sharing. Dah dapat kuasa legislatif di kawasan majoriti Melayu, kutuk Melayu!

Ketuanan Melayu? Ambik ni ketuanan Melayu! The Sun melaporkan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib menyatakan ketuanan Melayu hanya istilah ciptaan. Ia tidak wujud dalam dunia nyata. Sebelum itu, Utusan Online melaporkan ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Dr Rais Yatim mengingatkan orang Melayu bahawa mereka tidak boleh terlalu bergantung kepada konsep ketuanan kerana ia lebih merupakan perasaan atau ego politik yang tidak disokong oleh kekuatan dalam perjuangan atau peruntukan Perlembagaan negara.

Warisan pejuang silam? Ini dia warisan perundingan Umno yang dibangangkan oleh orang putih: "Sejak rakyat menuntut kemerdekan, British telah menentukan bahawa kemerdekaan tidak boleh dituntut oleh orang Melayu sahaja. Semua kaum mesti diajak berkuasa sama, baru kemerdekaan diperolehi. Ketika hendak mencapai kemerdekaan, negara tidak dapat menentukan perlembagaan sendiri. Maka Lord Reid diajak sama untuk merangka perlembagaan. Bukan sekadar Lord Reid, habis hakim-hakim dari India dan lain-lain negara diminta duduk dalam Suruhanjaya Reid bagi menentukan perlembagaan negara" (Subky Latif dalam tulisannya "Hubaya, hubaya dikuasai orang asing", Harakah, 25 Disember 1998).

Pelacur? Ni ha pelacur yang melacur sampai hampir binasa orang-orang Melayu: Bukan setakat tanah sahaja yang telah diberikan kepada tauke-tauke Cina oleh Umno demi mengambil hati kaum itu (termasuk 22,000 ekar - ya! dua puluh dua ribu ekar - tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung; 5,000 ekar di Bruas; 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru, Kampar (UTAR); 12,000 ekar kepada semua petani Cina di Coldstream, Bikam, Bidor; 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong - sekarang milik YTL kerana digadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! - dan banyak lagi jumlah yang kecil di seluruh negeri Perak) dan tak pernah didengar ada bangsawan yang sebak dan mengeluarkan air mata buaya. Porrahhh!)

Malah, kuasa pemerintahan juga telah diserahkan oleh Umno kepada parti yang didominasi oleh kaum Cina bagi menjaga hati mereka. Dalam pilihan raya umum 1990, Umno memenangi 12 kerusi di Pulau Pinang manakala Gerakan hanya memenangi tujuh kerusi. Keputusan itu membolehkan BN terus memerintah apabila mendapat 19 kerusi berbanding DAP yang hanya mendapat 14 kerusi. Sepatutnya, Umno yang mempunyai majoriti lebih besar di antara kedua-dua parti di dalam BN itu berhak mendapat jawatan Ketua Menteri. Bagaimanapun, Umno menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Gerakan. Begitu juga dalam pilihan raya umum 1995 di mana Umno menang 12 kerusi, Gerakan 10 kerusi, MCA 9 kerusi, MIC 1 sedangkan DAP menang 1 kerusi saja. Umno tetap tunduk di bawah telunjuk Gerakan dan jawatan Ketua Menteri terus diserahkan kepada parti itu.

Orang-orang Melayu Pulau Pinang pula ditelan 50 tahun peminggiran tersusun Umno-Gerakan, kata Naib Presiden PAS, Haji Husam Musa. Ramai dari mereka yang terpaksa melarikan diri dari pembangunan Umno-Gerakan di Pulau Pinang ke kawasan-kawasan pendalaman di Kedah dan Perak.

Kalau tidak melacur, merangkak di celah kangkang taukeh Cina dan orang asing termasuk pelabur Yahudi sekalipun untuk mengemis wang, mana nak dapat duit untuk merasuah pecacai bawahan dan menjadi "kerajaan pimpinan perasuah"?! (Foto ihsan dan dengan terima kasih tak terhingga kepada Minaq Jinggo)


http://penarikbeca.blogspot.com/2009/02/pelacur-bangsa.html

No comments

Powered by Blogger.