Wajah 2 MB Perak: Dari Cahaya Menuju Kegelapan

Oleh hermansamsudeen

"
newRampasan kuasa Barisan Nasional di Perak menyaksikan negeri itu kini mempunyai dua orang Menteri Besar. Zambry Abdul Kadir yang dilantik melalui gerakkan kudeta BN memperdayakan Sultan demi untuk meneruskan keangkuhan dan kezaliman mereka.

Dimata, hatta dihati rakyat YAB Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tetap Menteri Besar yang sah kerana dipilih melalui jalan Pilihanraya.


Pemerintahan Nizar sejak Mac tahun lalu berjaya memecahkan tradisi negeri itu dimana beliaulah satu-satu Menteri Besar yang paling rapat dengan rakyat. Rumah rasmi Menteri Besar yang beliau gelarkan sebagai ‘Residensi Rakyat’ dibuka seluas-luasnya untuk rakyat berkunjung dan melakukan program disitu.


Bukan sahaja di ‘Residensi Rakyat’, beliau mudah ditemui dimana-mana. Dimana sahaja beliau pergi rakyat berebut untuk bersalam dengannya.

Paling menarik, rakyat Perak boleh menggunakan bahasa ibunda masing-masing untuk berbual dengan beliau kerana kefasihan beliau berbahasa Cina-Mandarin-Hokkien, India dan Inggeris. Ini membuka ruang yang begitu akrab untuk beliau disayangi rakyat.

Selain itu, beliau juga memimpin rakyat yang beragama Islam dalam sebarang upacara keagamaan. Dari dewan solat sebagai imam hinggalah ke medan Korban dengan meneyembelih dan melapah haiwan korban untuk rakyat.

Beliau juga terkenal dengan sikap rendah diri dan sentiasa tersenyum walaupun terpaksa berhadapan dengan ketegangan politik yang ditimbulkan oleh Umno-BN.

Berbicara tentang Zambry, ternyata rakyat Perak amat membencinya kerana sikap angkuh dan elitnya. Beliau hanya tersenyum dihadapan kamera dan sibuk janji ini dan itu walaupun hakikatnya beliau naik atas dasar merampas kuasa.

Gaya hidup pemimpin Umno akan tetap diwarisi Zambry yang kini dikawal ketat oleh Polis ke mana sahaja beliau pergi. Keadaan ini sudah cukup menunjukan bahawa beliau begitu takut berhadapan dengan rakyat hingga perlu meletakkan Polis untuk melindungi beliau.

Najib yang menjadi dalang kepada huru hara Politik Perak juga dikhabarkan takut untuk datang ke negeri itu lagi. Segala Program yang melibatkan Najib digantikan oleh pemimpin Umno yang lain.

Ternyata Perak yang dulu aman dan cerah ceria kini bertukar suasana. Dari dunia yang bercahaya, terang dan tenang kini rakyat Perak melihat negeri mereka sedang menunju kepada dunia yang gelap, malap dan huru hara.

newMelihat wajah kedua-kedua MB yang ada sekarang ini (Nizar Vs Zambry) sudah cukup untuk kita melihat masa depan Perak. Bukan menghina warna kulit tapi itulah hakikatnya bahawa cahaya keimanan seseorang yang ikhlas itu terpancar dari riak wajahnya yang akan masuk ke hati setiap orang yang memandangnya. Kulit gelap bukan bermakna hati mereka gelap, tapi tiadanya cahaya pada wajah itu Allah yang tunjukkan. Bermakna jika wajahnya dilihat tidak bercahaya pada pandangan rakyat itu sudah cukup mengambarkan pada mereka kegelapan hati pemimpin Kudeta mereka ini.

Soal iman dan taqwa itu Allah yang tentukan. Tapi orang-orang yang beriman itu adalah datang dari kalangan mereka yang tidak menzalimi rakyat.

No comments

Powered by Blogger.