Wartawan baling kasut ke arah Bush didakwa hari ini - malaysiakini
BAGHDAD: Wartawan Iraq yang membaling kasutnya ke arah bekas Presiden Amerika Syarikat, George W Bush akan dibicarakan hari ini dengan peguamnya mengemukan bantahan bahawa perbuatan itu tidak melanggar undang-undang.
Muntazer Al-Zaidi menjadi popular apabila beliau melontar kasutnya melepasi kepala Bush pada 14 Disember tahun lalu ketika membuat lawatan perpisahan ke Iraq sebelum meninggalkan Rumah Putih.
Wartawan itu berdepan hukuman dipenjarakan sehingga 15 tahun sekiranya didapati bersalah kerana menyerang pemimpin luar negara.
Pasukan perundangan Zaidi akan meminta dakwaan itu ditolak dan wartawan berusia 30 tahun yang bertugas di stesen televisyen swasta Al-Baghdadia itu dibebaskan.
Zaidi dijangka dipanggil ke mahkamah dengan pendakwa raya akan menampilkan saksi serta akan meminta wartawan berkenaan untuk menceritakan perkara sebenar yang berlaku. - AFP
ada wartawan berani baling kasut kat najib???
No comments
Post a Comment