Yang menolak PPSMI itu ramai … sangat ramai. Yang muda lagi ramai! - malaysiakini
Kata Tan Sri “Ini isu orang Melayu, dan mesti diselesaikan oleh orang Melayu. Apabila dibawa ke Kabinet, nasib kita terletak di dalam tangan orang bukan Melayu …”
Dua orang tua sedang berbicara mengenai kesan PPSMI kepada masyarakat Melayu. Sangat membimbangkan.
Tetapi orang muda pun ramai yang menyokong.
“Sudah sampai masanya kita masuhkan dasar PPSMI ini kerana ia gagal. Ia adalah sebuah dasar yang cacat dan tidak dibina dengan baik,” kata YB Tuan Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Rembau
Dato’ Fuad Zarkashi pun menentang PPSMI.
Dato’ Mohamad Khir Toyo pun tidak bersetuju dengan PPSMI.
Malah, sebaik sahaja Dato Seri Hishamuddin selesai berucap, hampir 20 orang ahli Dewan Rakyat yang bangun mahu bertanya … tetapi tidak diberi kesempatan.
Yang tidak bersetuju dengan PPSMI itu ramai. Yang tua ramai, yang muda pun ramai.
No comments
Post a Comment