1malaysia: adnan tak mau bayar!


KERATAN Kosmo! semalam.


KUANTAN – Mahkamah Tinggi di sini akan mendengar permohonan Kerajaan Negeri Pahang untuk mengenepikan keputusan saman RM63 juta oleh sebuah syarikat pembalakan pada Jumaat ini.

Menurut Menteri Besarnya, Datuk Seri Adnan Yaakob, tindakan itu dibuat selepas pihaknya mendapati, terdapat empat elemen yang boleh mengenepikan saman tersebut.

Beliau mendakwa, antara elemen tersebutlah termasuk berlaku kekeliruan dari segi tarikh, peniruan, pembohongan saksi dalam mahkamah dan kepentingan peribadi.

“Adalah tidak adil untuk membayar saman itu sedangkan berlaku beberapa elemen yang boleh mengenepikan saman tersebut,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Kelmarin, Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Adnan membayar RM63 juta kepada syarikat Seruan Gemilang Makmur Sdn. Bhd., dalam tempoh 14 hari kerana melanggar perjanjian pemberian konsesi pembalakan di kawasan seluas 4,000 hektar di Pekan.

Keputusan kelmarin bermakna mengekalkan keputusan asal Mahkamah Tinggi Kuantan pada 25 Mei 2007 yang memerintahkan kerajaan negeri membayar RM37,127,471.60 berserta faedah lapan peratus setahun mulai 31 Disember 2000.



kahkahkahkah.....malu nan...kahkahkahkah...makan wang haram nan...kahkahkahkah...anak bini dok balun hasil haram nan? kahkahkahkah... satu malaysia malu....satu malaysia tahu..nan kaki tipu!

No comments

Powered by Blogger.