1malaysia: najib dan umno amat bersih di mata rakyat?

NGO anggap pembangkang sanggup gadai maruah Melayu, Islam

KUALA LUMPUR: Pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyifatkan kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa Pas tidak akan bekerjasama dengan Umno sebagai bukti parti itu sanggup mempertikaikan kedudukan orang Melayu dan agama Islam.

Mereka juga berpendapat, kenyataan Mohammad Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang itu mencerminkan keangkuhannya dan sikap sebenar Pas yang tidak berminat berjuang untuk menegakkan perpaduan atau syiar Islam.

Pengerusi Pertubuhan Pergerakan Perpaduan Islam Malaysia (PPIM), Datuk Zulkifli Mohamad, berkata kenyataan Mohammad Nizar bukan saja menggambarkan kesombongan dan keangkuhan, malah beliau rela diperkudakan oleh DAP yang sentiasa mencari jalan untuk meneruskan agenda mereka.



"Mohammad Nizar menjadi mikrofon suara kepada DAP sedangkan parti itu mengamalkan pendekatan 'baling batu sembunyi tangan' namun saya sentiasa yakin jalan menyelamatkan orang Melayu adalah menerusi permuafakatan Umno dan Pas di meja rundingan," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Akhbar semalam melaporkan kenyataan Mohammad Nizar bahawa Pas tidak akan bekerjasama dengan Umno walaupun untuk kestabilan politik di Perak, sebaliknya meminta Sultan Perak, Sultan Azlan Shah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, berkata beliau yakin keangkuhan Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu akan sampai ke peringkat rakyat benci pada Pakatan Rakyat walaupun ketika ini ada yang menyokong tindakan itu.



Ketua Umum Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar, berkata kenyataan itu menggambarkan bahawa Mohammad Nizar seorang pemimpin yang emosional sehingga mengeluarkan kenyataan bersifat peribadi.

Malah, katanya kenyataan itu mungkin tidak mewakili keseluruhan pemimpin Pas, terutama pada peringkat jawatankuasa perhubungan negeri dan pucuk pimpinan parti termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.



Bagaimanapun, Presiden Pertubuhan Profesional dan Pewaris Bangsa (Prowaris), Feriz Omar, berkata beliau melihat kenyataan Mohammad Nizar itu mungkin sebagai pintu kejayaan mencari titik pertemuan antara Umno dan Pas.

Katanya, semua pihak perlu duduk semeja untuk merungkai apakah alasan pemimpin Pas terbabit membuat kenyataan seumpama itu kerana ia dilihat lebih baik berbanding jika tiada
kenyataan dibuat.


kahkahkahkah...umno oh umno...sapa nak masuk rapat kalau parti haram...keraaan haram..makan hasil haram...oi......budak kecik pun reti tau benda haram ni tak elok!..kahkahkahkahkah.......

No comments

Powered by Blogger.