1malaysia:Jangan 'pijak' bangsa sendiri?

KUALA LUMPUR 21 April - Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) mengingatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya tidak menjadi hero dengan cara 'memijak' bangsanya sendiri.

Presidennya, Datuk Moehamad Izat Emir berkata, sebagai ketua kerajaan negeri, sememangnya Abdul Khalid perlu mentadbir dengan bijaksana, adil dan saksama tetapi janganlah sampai menyentuh kepentingan orang Melayu.

Katanya, menjadi satu tragedi kepada orang Melayu apabila salah seorang anak bangsanya yang pernah memperjuangkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sewaktu menerajui Permodalan Nasional Berhad (PNB) menjadi lupa diri apabila menceburi bidang politik.

"Dia bukan sebarang Melayu, dia pernah pimpin PNB dan pernah menguasai saham agensi itu. Dia bertuah kerana diangkat menjadi Menteri Besar, nasihat saya jagalah tuah itu baik-baik dan janganlah sesekali melupakan bangsa.

"Tadbir negeri dengan bijaksana, adil dan saksama tetapi jangan sentuh kepentingan orang Melayu, bangsa sendiri, belum sampai waktu untuk tergopoh-gapah, jangan jadi hero dengan cara mengorbankan kepentingan Melayu," katanya dengan penuh emosi sewaktu dihubungi di Mekah hari ini.

Semalam, sewaktu berucap pada majlis penyerahan bantuan kepada Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Shah Alam. Abdul Khalid menegaskan penggantungan rakyat termasuk bumiputera terhadap DEB tidak perlu kerana Selangor mempunyai sumber yang banyak untuk diagihkan kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa.

"Di Selangor kita mempunyai sumber yang cukup untuk semua, tidak perlu bergaduh," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Moehamad Izat melahirkan kesedihan dengan situasi semasa dalam negara selepas pilihan raya umum Mac tahun lalu kerana terlalu banyak isu yang merobek hati sanubari orang Melayu telah dicanang.

Lebih malang lagi katanya, isu-isu berkenaan turut dicanang oleh orang Melayu sendiri sedangkan selama 51 tahun sebelum ini, dunia mengenali Malaysia sebagai sebuah negara berbilang bangsa yang ditadbir dengan aman damai.

Katanya, orang Melayu tidak pernah berdengki dengan kejayaan kaum lain dalam negara ini namun sebarang usaha untuk meningkatkan penguasaan ekonomi orang Melayu tidak boleh sesekali disekat.

"Kita hanya perlu mengatur langkah bagi mencapai kedudukan yang masih belum selesai iaitu 30 peratus pegangan ekonomi namun selaku Presiden Perdasama, kita sudah tidak mahu berbicara tentang peratusan lagi.

"Kita mahu berjuang habis-habisan supaya orang Melayu boleh menguasai sebanyak mungkin ekonomi di tanah tumpah nenek moyang sendiri," tegasnya.


umno la parti yang bersih...tolong orang melayu...bagi apa orang melayu nak..betul kan?kahkahkahkah tapi umno rampas tanah orag melayu..makan harta rakyat..tindas rakyat....umno oh umno...sumber parti yang haram! kahkahkahkah..haram..kahkahkahkah..umno haram? kahkahkahkah...

No comments

Powered by Blogger.