1malaysia: najib bangga dengan kritikan?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau menghargai setiap kritikan tetapi ia hendaklah dibuat dengan cara yang betul, di tempat dan masa yang bertepatan.

Malahan, katanya, jika tiada ruang untuk kritikan membina mahupun pertentangan pendapat yang dilakukan dengan cara yang betul dan dengan niat yang baik, ia akan merugikan kerajaan.

najib razak acccim 170409 pc"Dalam perkhidmatan kerajaan, sebagai contoh, semestinya seseorang itu perlu setia kepada pemimpin. Tetapi seseorang itu hendaklah setia selagi pemimpin itu

juga setia, komited kepada tugas dan berdedikasi," katanya dalam laman blog beliau, www.1malaysia.com.my, mengenai nilai kesetiaan dan penerimaan sebagai satu daripada nilai utama 1Malaysia.

Najib berkata kesetiaan tidak bermakna seseorang itu tidak boleh mengkritik pemimpin, lapor Bernama.

"Saya menghargainya, sama ada ianya diasaskan kepada perhubungan peribadi atau dalam konteks rakan sejawatan, bahawa akan ada peluang dan waktu untuk mereka memberikan pandangan yang membina, malahan kritikan, yang pada saya, adalah diperlukan.

"Pada saya telah berlalunya hari-hari bila mana kesetiaan disalah anggap sebagai kepercayaan membuta tuli atau memiliki kuasa penuh dari segi perhubungan peribadi yang mana anda boleh melakukan apa saja yang anda mahu dan tidak dipertanggungjawabkan. Pada saya itu adalah salah," katanya.

Namun, kata Najib, kesetiaan hendaklah disertai dengan keupayaan dan kemajuan.

"Anda tidak boleh memberikan ganjaran kepada seseorang itu hanya kerana dia setia, tetapi lupa bahawa kesetiaan tanpa kemajuan dan keupayaan adalah tidak mencukupi. Benar, kesetiaan adalah penting tetapi ia perlu disertai dengan pertimbangan lain juga," katanya.

Konsep penerimaan

Perdana Menteri juga berkata rakyat perlu beralih daripada konsep toleransi semata-mata kepada penerimaan kerana konsep penerimaan akan memperlihatkan keadaan pemikiran bahawa sesuatu perkara itu akan diterima sepenuhnya secara positif berbanding toleransi di mana sesuatu itu akan tetap diterima walaupun tidak menyukakannya.

"Jika anda sanggup menerima sebarang perkara, anda mengambil perkara tersebut dengan kerelaan, maka saya rasa kapasiti anda untuk melihat kepada semua perkara secara lebih positif adalah lebih baik berbanding toleransi semata-mata," katanya.

Perdana Menteri berkata konsep penerimaan adalah penting kerana rakyat tidak lagi merasa terbeban dan tidak dipengaruhi oleh sebarang tanggapan melulu yang negatif malah mahukan khidmat yang terbaik.

"Inilah yang kita perlukan untuk Malaysia. Kita perlu mendapatkan yang terbaik daripada bangsa Melayu, terbaik daripada bangsa Cina, bangsa India, semua kaum lain dan mengadun semua ini agar secara terkumpulnya kita akan menjadi jauh lebih besar berbanding bilangan kelompok kaum secara individu," katanya.

Beliau berkata dalam memupuk konsep penerimaan, kerajaan perlu memulakan polisi yang adil dan dilaksanakan dengan cara yang mencerminkan komitmen kerajaan seperti membantu masyarakat miskin dalam semua golongan.

"Maka semua program dan peruntukan kewangan kita wajib mencerminkan keperluan untuk mengatasi masalah golongan miskin merentasi semua lapisan etnik dan kaum," katanya.

Najib berkata peluang seperti pendidikan, biasiswa dan bantuan kewangan perlu mencerminkan bahawa setiap rakyat Malaysia berupaya membangunkan diri tanpa mengira jantina dan tidak terdapat sebarang had.

"Had tidak ditentukan kerana latar belakang etnik anda, ia ditentukan kerana keupayaan peribadi anda sendiri," katanya.


1malaysia?kahkahkahkah.....kena tipu kahkahkahkah...kena tipu! kahkahkahkah...1malaysia kena lebong dengan najib! kahkahkahkah

No comments

Powered by Blogger.