1malaysia: pas memang tidak sama dengan umno!

Husam belum buat keputusan tanding Timbalan Presiden Pas

KOTA BHARU: Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, berkata beliau masih belum membuat keputusan sama ada mahu bertanding atau sebaliknya bagi jawatan Timbalan Presiden Pas, pada muktamar tahunan parti itu yang akan diadakan di Selangor, Jun ini.

Beliau berkata, masih terlalu awal untuk memberikan sebarang kata putus walaupun namanya dikatakan sudah dicalonkan untuk jawatan itu dalam beberapa mesyuarat kawasan di Kelantan.

"Saya rasa masih terlalu awal untuk buat sebarang keputusan dan biarlah saya tunggu masa yang sesuai untuk putuskan.

"Secara rasminya saya tidak tahu nama saya sudah dicalonkan atau tidak pada mesyuarat Pas kawasan dan saya tahu pun melalui akhbar," katanya di pejabatnya selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, hari ini.

Semalam, satu akhbar tempatan melaporkan Husam menjadi pilihan pada mesyuarat Pas kawasan di Kelantan untuk bertanding bagi jawatan itu yang kini disandang Nasharudin Mat Isa berdasarkan ketokohan Husam yang mampu membantu presiden Pas dalam menangani isu terkini.

Mengulas laporan itu, Husam turut meminta semua pihak tidak mudah membuat andaian kononnya wujud amalan berpuak dalam parti itu.

"Saya sendiri tidak meletak sasaran untuk memegang mana-mana jawatan sejak menjadi ahli Pas dan laporan mengatakan wujud puak tertentu dalam Pas adalah tidak benar," katanya.

Beliau berkata, ahli Pas bebas untuk memilih mana-mana pemimpin yang mereka rasakan jujur dan tidak mempunyai agenda 'belakang tabir' sebagai pemimpin mereka pada muktamar nanti.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah, berkata Badan Perhubungan Pas negeri tidak pernah menentukan mana-mana pemimpin sebagai calon tertentu pada muktamar itu.

"Pas Kelantan sama sekali berkecuali untuk menyokong mana-mana pemimpin dan terpulang kepada kebijaksanaan Pas kawasan untuk memilih siapa yang mereka nak.

"Tidak ada konflik dalam Pas dan apa yang berlaku pada muktamar itu nanti akhirnya untuk kebaikan Pas juga," katanya. - Bernama

kahkahkah...kahkahkah.....umno dah menunggu bagai pungguk tunggu bulan..kahkahkahkah...1malaysia dah kena tipu dengan umno!

No comments

Powered by Blogger.