Abdul Rahman Jelas Modus Operandi Dakyah BN

Bukit Gantang, 6 April. Apa yang sebenarnya terjadi di Changkat Ibol? Apakah benar ianya adalah satu tindakan ganas jentera kempen dan penyokong pembangkang seperti yang diuar-uarkan di dalam berita televisyen? Atau ianya hanya dakyah semata-mata.

Berita RTM dan TV3 melaporkan bahawa sekumpulan penyokong parti pembangkang telah mengepung dan cuba bertindak ganas terhadap pekerja BN yang hendak memasang poster di situ. Tindakan penyokong pembangkang itu dirakamkan oleh lensa kamera RTM yang turut merakamkan kehadiran Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

YB. Dato’ Haji Husam yang melawat ke pusat jentera kempen PAS di cangkat Ibol di dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang berjaya mendapatkan gambaran sebenar setelah bertemu dengan Cikgu Abdul Rahman, yang menjadi popular apabila berita TV menayangkan video menunjukkan beliau ditengah-tengah insiden tersebut.

Ketika ditemuramah, Cikgu Abdul Rahman menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Menurutnya, Cangkat Ibol merupakan kawasan tradisi PAS dan tidak pernah didalam sejarah bendera dan poster BN dipasang di kampung itu.

Bagaimanapun, pada 1 April lalu, beliau menerima laporan bahawa jentera BN dengan bantuan PEKIDA telah memasuki kampung itu dan sedang memasang poster. Sebaik menerima laporan itu, Cikgu Abdul Rahman, 55 tahun telah bergegas ke kawasan itu bersama jentera PAS Cangkat Ibol.

“Pada pukul 3 petang kelmarin (1 April) pemuda telefon saya kata puak BN dan PEKIDA nak pasang poster BN di Cangkat Ibol,” cerita Cikgu Abdul Rahman.

“Saya keluar dan tengok satu lori BN diiringi oleh PEKIDA masuk, lalu saya ikut mereka,” sambungnya.

“Bila sampai di antara Kampung Tengah dengan Kampung Cangkat Ibol, saya nampak jurukamera dan SB dah ada tunggu di situ,”

Pada waktu itu jentera BN mula menolak-nolak Pemuda PAS dan membuat ugutan kepada mereka. Tidak sampai sepuluh minit, FRU mula tiba.

“Segala-galanya dah dirancang,” kata Cikgu Abdul Rahman.

Beliau mendakwa seorang anggota PEKIDA menolaknya dan berkata, “Kamu tak takut ke?” sambil menunjukkan ke kamera TV yang betul-betul bersedia di belakangnya.

Ini bukan sahaja satu provokasi tetapi satu tindakan kotor BN cuba memburukan imej pembangkang dengan segaja merekakan insiden tersebut.

Cikgu Abdul Rahman bagaimanapun bersyukur kerana jentera PAS dapat mengawal perasaan mereka walaupun mereka tidak berganjak sehingga pihak BN beredar meninggalkan kawasan tersebut.

No comments

Powered by Blogger.