analisis awal dari kaca mata blogger BPN
Keputusan 3 pilihanraya kecil di kedua-dua bukit dan juga di Batang Ai telah pun diketahui. Sebelum ini Des ada meletakkan sasaran kemenangan BN hanya di Batang Ai, dan tidak kedua-dua bukit.
Mengapa demikian? Sepanjang 10 hari berkempen, teknik yang digunakan kedua-dua belah pihak memang jauh berbeza. BN dengan caranya mendekati pengundi sambil memberi penerangan mengenai pembangunan serta permasalahan yang timbul di kalangan penduduk tempatan. Bantuan dijanjikan dengan segera tanpa kompromi.
Berbanding dengan Pembangkang, mereka langsung tidak menyentuh isu-isu pembangunan atau permasalahan penduduk, malah tidak ada langsung individu-individu yang berkempen menyatakan ia di dalam ceramah-ceramah mereka ketika berkempen. Apatah lagi hendak dilihat isu-isu pembangunan dan masalah grass root ini di blog-blog yang pro pembangkang.
Teknik yang dilakukan oleh pembangkang sama seperti mana yang digunakan ketika pilihanraya kecil Permatang Pauh. Isu-isu yang disentuh ketika mereka berkempen adalah isu-isu nasional. Isu-isu permasalahan yang berada di peringkat persekutuan. Mengapa pembangkang berani mempamirkan isu-isu tersebut dan tidak kepada permasalahan penduduk? Ini adalah kerana, isu-isu diperingkat nasional lebih prolifik untuk dibicarakan. Isu nasional juga memberi gambaran secara jelas ke mana hala tuju kerajaan yang ada sekarang.
Pengundi masa kini bukan lagi seperti pengundi dahulu. Maklumat-maklumat diperolehi dengan pantas dan dihujung jari. Informasi-informasi seperti ini yang mereka perolehi memerlukan penerangan yang lebih realistik dan perkara ini telah dipelopori oleh pihak pembangkang. Walaupun kebenaran terhadap informasi tersebut kadang-kadang tidak jelas, tetapi jika disampaikan dengan cara yang provokatif ianya dapat membantu pemahanaman pendengar.
Pembangkang bijak mengambil kesempatan ini bagi meraih undi dari segenap lapisan masyarakat terutama golongan muda yang mempunyai capaian maklumat yang begitu luas. Blogger-blogger dari pro pembangkang banyak membantu dalam menyampaikan provokasi-provokasi sedemikian. Kemudian di tambah pula dengan perogram-program ceramah bagi memantapkan lagi pemahaman pembaca-pembaca mereka.
Barisan Nasional tidak bertindak sedemikian. Barisan Nasional masih lagi cuba mempraktikan teknik-teknik klasik yang lebih kepada mendampingi pengundi dengan permasalahan kemudahan-kemudahan asas, keperluan-keperluan harian dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan kebajikan pengundi. Memanglah itu sebenarnya cara bagaimana seorang wakil rakyat itu berkempen, tetapi teknik-teknik klasik ini wajar dikaji semula ataupun tidak dipakai terus memandangkan revolusi perkembangan politik pada masa sekarang sudah jauh berbeza.
Lihatlah bagaimana cerita-cerita yang disampaikan oleh Pembangkang mengenai calon BN, kemudiannya ditambahbaikkan pula penceritaan tersebut di dalam blog-blog. Calon dari BN tidak pula cuba menangkis tohmahan yang disampaikan, kalau ada pun mengambil masa yang cukup lama untuk ditangkis sedangkan penceritaan tersebut tersebar hanya dalam beberapa saat. Serangan-serangan peribadi yang dilakukan bertubi-tubi hinggakan pembaca-pembaca sesak nafas menelaahnya. Di alam cyber, apa yang Des perhatikan dari blog blog pro kerajaan, hanya Perak Bangkit yang mengambil inisiatif bertindak lebih agresif. Kemudian diikuti beberapa lagi blog yang agak ekstrem dalam penyampaiannya. Seharusnya BN mengambil input-input yang diperbincangkan di dalam blog-blog sedemikian untuk disampaikan kepada pengundi-pengundi.
Kita dapat lihat bagaimana blog-blog pro pembangkang yang cukup efektif dalam menyalurkan maklumat-maklumat kepada calon-calon mereka dan kemudiannya maklumat-maklumat tersebut disebarkan melalui ceramah-ceramah ketika berkempen. Apa yang calon BN lakukan pada maklumat-maklumat tersebut...FITNAH...ITU FITNAH...itu lah ungkapan yang dapat diperdengarkan kepada pengundi. Perkara paling penting sekali yang sepatutnya dilakukan ialah, memberi dan menangkis penceritaan tersebut dengan maklumat-maklumat yang terbaru dan lebih benar. Memanglah benda-benda yang disampaikan mereka kadang-kadang tidak pernah ada kebenarannya. BN perlu ingat, ini adalah pertandingan, pembangkang tidak ambil peduli tentang fitnah ka, pembohongan ka, janji, maklumat tersebut sampai ke telinga bakal pengundi!
Mengapa Des katakan BN memang akan menang di Batang Ai? Ini adalah kerana teknik klasik yang BN gunakan itu sememangnya amat sesuai untuk masyarakat-masyarakat yang tinggal di pendalaman Sarawak. Bukanlah niat Des untuk menghina masyarakat di pendalaman Sarawak, tetapi, pendekatan secara dekat dengan mendampingi penduduk untuk mengetahui permasalahan asas mereka amat-amat diperlukan di sana. Masyarakat di sana sememangnya masih dahagakan pembangunan dan kemajuan. Oleh kerana itu, pendekatan sedemikian telah memberi kelebihan kepada BN untuk mengekalkan kerusi di sana. Pembangkang pula tetap dengan cara provokatif mereka dan mereka silap di sini kerana keperluan asas penduduk tidak diutamakan. Masyarakat di sini tidak seperti di semanjung yang sudah lali dengan projek-projek segera dari BN.
Jadi, tahniah kepada yang menang, kepada yang tidak berjaya, a lot of things need to be done. Datuk Seri Najib pastinya akan menggalas cabaran ini bagi memastikan tampuk pemerintahannya lebih kukuh. Rombakan kabinet baru bakal menyaksikan satu perubahan, ini bagi menyaksikan satu anjakan baru dalam organisasi pemerintahan serta untuk meyakinkan kembali masyarakt sekeliling.
http://pilihan-anda.blogspot.com/
No comments
Post a Comment