apa nasib tanah orang melayu di bawah 1 malaysia? faham2 jer la.......


Batu Road pada tahun 1883, tidak jauh daripada Kampung Baru, Kuala Lumpur.


SETIAP kali menyelusuri bahagian tengah Kuala Lumpur pastinya kita tidak dapat mengelak dari melalui kawasan penempatan orang Melayu yang sangat signifikan bagi warga kota iaitu Kampung Baru.

Bagi warga kota, terutamanya orang Melayu, Kampung Baru sangat dekat di hati mereka. Ini kerana sukar bagi kita untuk melihat suasana dan pemandangan kehidupan "orang kampung" di tengah- tengah hiruk pikuk kehidupan bandar.

Di bandar-bandar lain negara ini kehidupan kampung dengan pengekalan identiti dan budaya yang biasa diamalkan merupakan satu pemandangan biasa.

Namun berbeza dengan Kampung Baru yang dihimpit dengan rentak kemajuan dan arus pemodenan serta pelbagai bangunan pencakar langit dan mercu tanda moden seperti KLCC dan sebagainya. Suasana sebeginilah yang menambahkan lagi keunikannya sebagai sebuah kampung yang tebal dengan budaya dan tradisi Melayu di ibu kota.

Sedikit sebanyak arus pemodenan tidak mampu diketepikan oleh penduduk di Kampung Baru. Namun dengan binaan dan kedudukan rumah yang biasa kita lihat di kampung, apatah lagi masih terdapat rumah-rumah yang tetap utuh dengan ciri-ciri tradisional sememangnya sebagai orang Melayu kita patut berbangga dengan semua tradisi yang masih dipertahankan sehingga kini.

Jika kita menyelongkar tentang kehidupan seharian penduduk di kampung ini sememangnya jalinan perhubungan dan semangat kerjasama masih menebal seperti yang biasa kita lihat di kampung-kampung.

Soal-soal kemasyarakatan dan perhubungan penduduk setempat seperti kenduri kendara, kematian, hal-ehwal kejiranan dari yang paling remeh sehingga membabitkan soal-soal yang rumit seperti soal tanah dan sebagainya masih lagi menuntut permuafakatan yang jitu antara penduduk.

bantu melayu? kahkahkahkah... najib tolong melayu? kahkahkahkah....hidup melayu? kahkahkahkah... pirahhhhh....nak tolong orang melayu...woi menteri, hangpa turun mai kat universiti! tengok pelajar melayu hidup macam mana? mana janji nak tolong mahasiswa? puuiihhhhhhhhhhh!!!!!!! jangan ingat mahasiswa bodoh la!!!

No comments

Powered by Blogger.