apabila rais yatim ingin membina bangsa... hanya manis di bibir menteri sahaja!
|
|
Menterinya Datuk Seri Dr. Rais Yatim menganggap bidang penyiaran dan komunikasi menuntut pengisian daripada segi nilai kebudayaan negara ini. Maka dengan rangkuman bidang dalam kementerian ini beliau mengharapkan kementerian tersebut mempunyai keupayaan yang lebih tinggi ke arah membina negara bangsa.
Pada masa yang sama bidang penyiaran dan komunikasi juga terdedah dengan cabaran besar dengan dasar langit terbuka yang mendekatkan rakyat dengan budaya yang dibawa dari luar. Dalam soal ini Rais menaruh keyakinan menerusi peruntukkan undang-undang yang ada, kementeriannya dapat memastikan komunikasi dan penyiaran tidak disalahgunakan untuk tujuan yang tidak sepatutnya.
“Kita harus bijak menggunakan kuasa di bawah undang-undang untuk menjana kesan dan hasil yang hendak kita capai,” demikian tegas Rais ketika diwawancara oleh wartawan Mingguan Malaysia, KU SEMAN KU HUSSAIN dan Hafizahril Hamid di pejabatnya di Angkasapuri Selasa lalu.
percaya lah..setiap menteri baru... ayat pun mesti power..nak tunjuk yang dia hebat! pirahhh.. rakyat dah muak dengan sifat bodoh sombong menteri ni!
No comments
Post a Comment