batang ai: perhatian untuk petugas di sana!

Tahniah Parti Keadilan Rakyat dan barisan PR kerana mewakili suara rakyat di Batang Ai. Sekarang gelanggang sudah dibuka dan teruskan perjuangan menangkalah kita di Batang Ai.

Sesungguhnya rakyat Sarawak hari ini akan mengikuti PRK Batang Ai inin dengan penuh minat. Apa yang ingin dikongsikan di sini ialah 5 taktik kotor yang sering digunakan oleh BN Sarawak untuk memperbodohkan rakyat yang mengundi mereka.

5 perkara inilah kunci kejayaan BN selama ini di Sarawak. Semoga barisan pemimpin PR yang berusaha dan bekerja dengan kuat di Batang Ai dapat menjadikan ini sebagai satu panduan untuk membuka hati rakyat Batang Ai.



1. BN AKAN MEMBUAT DAN MENYATAKAN BANYAK PROJEK KILAT DI BATANG AI SEKIRANYA RAKYAT TERUS MEMILIH BN.
- Semua pengunjung dan pemerhati politik boleh lihat aspek ini merupakan senjata yang cukup ampuh untuk memperbodohkan rakyat. Inilah bentuk POLITIK PEMBANGUNAN SARAWAK yang dimegahkan oleh Taib dan pemimpin BN Sarawak. Ini kerana segala bentuk janji dan perlakuan sebegini belum lagi termasuk dalam istilah RASUAH oleh SPRM. Kalau rasuah pun SPRM Sarawak tidak mampu bertindak kerana mereka ini hanya bekerja untuk pemerintah sahaja. Tetapi rakyat harus ingat selepas calon BN menang maka janji itu hanya janji sehingga timbul pilihanraya yang akan datang. Begitulah janji BN kepada pembangunan Sarawak.

2. BN AKAN MENGUNAKAN UGUTAN UNTUK MENARIK DAN MENYEKAT SEMUA PROJEK YANG AKAN DILAKSANAKAN SEKIRANYA BN KALAH.
Sekiranya BN tidak was-was dengan taktik yang pertama tadi maka taktik yang kedua ini akan digunakan untuk menggempur saraf pengundi-pengundi di Batang Ai. Lihatlah bagaimana semua agensi kerajaan bersekongkol dengan kuasa Taib untuk memperbodohkan dan menindas pemikiran rakyat. Setiapkali rakyat cuba menggunakan kuasa dan suara untuk mempertahankan hak mereka pasti anjing-anjing BN akan mengatakan bahawa kawasan tersebut tidak akan dimajukan andai rakyat memilih parti pembangkang. Nak maju pilihlah BN. Nah lihatlah betapa kejamnya REJIM TAIB MAHMUD memerintah Sarawak. Bagaimana demokrasi itu mampu didokong sepenuhnya di Sarawak. Pengundi harus diingatkan bahawa segala bentuk ancaman ini adalah salah di sisi undang-undang jenayah Malaysia. Maka seharusnya golongan celik undang-undang harus dilibatkan dalam kempen PR di Batang Ai bagi menangkis propaganda ini. Selama ini rakyat takut untuk mengundi calon pembangkang kerana faktor ini cukup menakutkan rakyat Sarawak yang masih BUTA UNDANG-UNDANG.

3. POLITIK WANG.
Taktik ini sering digunakan pada saat-saat akhir kempen seperti sehari sebelum atau pada malam terakhir kempen dijalankan. Tanyalah kepada setiap penduduk Sarawak mereka pasti tahu perkara ini. Apa yang menjadi masalah ialah pemikiran rakyat Sarawak yang terlalu berasa terhutangbudi dengan politik wang ini. Ya sekiranya PR mahu undi rakyat, adalah dinasihatkan supaya pengundi tidak dimarahi kerana menerima wang ini. Sesungguhnya ini sahaja peluang mereka dapat merasakan duit rakyat yang telah diambil daripada mereka selama ini. Yang penting ingatkan para pengundi bahawa inilah peluang mereka untuk merampas rezeki dari BN. Sebanyak manapun mereka dapat yang penting adalah UNDI mereka kepada Keadilan. UNDI adalah segala-galanya. Tidak perlu berasa terhutang budi dengan BN kerana selepas pemberian ini banyak lagi duit rakyat yang akan dikumpulkan oleh mereka untuk kesenangan pemimpin-pemimpin BN. Lihatlah siapa yang kaya di Sarawak. Pastinya pemimpin-pemimpin BN inilah. Ini kerana banyak harta dan kekayaan rakyat akan mereka rompak selepas pilihanraya ini termasuk agihan projek-projek kecil kepada kontraktor-kontraktor dan Tuai-tuai rumah panjang. Rakyat akan terus ditindas dan dibiarkan bersusahpayah mencari sesuap nasi untuk menyara kehidupan mereka.

4. PENGUNDI-PENGUNDI HANTU.
Kalau MAFREL di Sarawak itu benar-benar bebas dan bukan sekadar mengaburi mata pemimpin PR atau masyarakat antarabangsa maka apa yang dinayatakan dalam laporan MASFREL mengenai pengundi hantu ini adalah benar belaka. Sememannya selama ini SPR Sarawak telah dijadikan agen oleh pihak kerajaan untuk memenangkan calon kerajaan BN. Selain daripada tidak membuat semakan terkini mereka juga sanggup untuk memindahkan calon-calon dari kawasan lain untuk mengundi di Batang Ai. Taktik memindahkan pengundi-pengundi di kawasan selamat BN kepada kawasan panas BN sudah tercatat dalam sejarah Plilihanraya Sarawak. Bukti ada tapi rakyat tidak mampu untuk mendakwa kerana SPR tidak boleh memotong nama yang tercatat dalam senarai pengundi. Ya memotong itu tidak boleh tapi untuk meletakkan dan memindahkan pengundi untuk memenangkan calon BN boleh. Mungkin cara inilah yang telah dilakukan oleh SPR kepada daftar pemilih yang terbaru di Sarawak. Sesungguhnya SPR Sarawak begitu pakar dalam melaksanakan agenda ini demi kepentingan parti BN. Maka pihak PR seharusnya memastikan pengundi-pengundi hantu ini dapat ditangkap danm buat laporan polis terhadap SPR agar pilihanraya di Batang Ai berjalan dengan seadil-adilnya.

5. KAKITANGAN SPR DAN POLLING AGENT PARTI.
Setiapkali ada pilihanraya di Sarawak, inilah saat yang paling menguntungkan BN. Jelas dan nyata semua agen SPR di Sarawak adalah penyokong BN. Sebab itulah jarang terdapat undi rosak di Sarawak. Selama ini waktu hitungan undi ini hanya terdapat agen-agen SPR sahaja di dalam dewan. Kalau ada yang dari calon pembangkang hanya dua tiga orang sahaja. Justeru itu pada kali ini biarlah PR akan dapat menyediakan barisan Polling Agent yang benar-benar berjiwa pembangkang di setiap pusat pengiraan undi. Sesungguhnya mana tahu kalau-kalau sudah tersedia kertas-kertas undi kosong di pihak agen SPR ini untuk membantu BN. Tidak pernah berlaku tetapi oleh kerana potensi calon Keadilan boleh menang di Batang Ai ini maka tidak mustahil strategi ini akan digunakan oleh BN dan SPR. Awasilah SPR kerana
mereka adalah pro BN bukannya bebas seperti MAFREL."

No comments

Powered by Blogger.