berita bohong! taksampai 5000 orang pun!

Lebih 5,000 hadiri perjumpaan dengan Tun Dr. Mahathir


SUNGAI PETANI 6 April - Lebih 5,000 orang berkumpul di Institut Kemahiran Mara (IKM) Sungai Petani di sini bagi mengikuti program Sepetang Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad petang ini.

Bekas Perdana Menteri keempat itu tiba pada kira-kira pukul 4.50 petang di pekarangan IKM tersebut selepas berkempen dengan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) di Parlimen Bukit Gantang pada sebelah paginya.

Ketibaan beliau disambut oleh para pemimpin BN daripada semua parti komponen sambil pasukan gendang India dan tarian singa MCA bertalu-talu memeriahkan suasana sambutan itu.

Poster "Ibarat Sirih Pulang ke Gagang" turut kelihatan pada sambutan tersebut selepas sekian lama Dr. Mahathir tidak menghadiri program UMNO ke Sungai Petani sejak melepaskan jawatan pada Oktober 2003.

Teriakan "Hidup Tun ! Hidup Tun Dr. Mahathir Mohamad !" bergema sebaik sahaja beliau memasuki dewan yang penuh sesak dengan orang ramai daripada pelbagai kaum itu.

Dr. Mahathir yang secara rasmi menyertai UMNO semalam selepas meninggalkan parti itu tahun lalu, berada di sini untuk menyertai jentera pilihan raya BN dalam kempen di Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau. - Utusan

tak sampai 5000 pun...kat bukit gantang 500 orang jer!rakyat dah pakat tolak mahathir!

No comments

Powered by Blogger.