shabery dah mula wat muka kesian!

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata beliau akur jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak memilih beliau dalam barisan Jemaah Menteri yang baru.

"Ada jawatan menteri atau tidak, saya tetap ada di sini (arena politik)," katanya.

Jika tidak tersenarai dalam barisan Kabinet baru, Ahmad Shabery berkata, beliau akan menumpukan lebih masa untuk memberi perkhidmatan di kawasannya.

"Saya akan ada lebih masa untuk kawasan saya dan keluarga saya," kata Ahli Parlimen Kemaman itu di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan muka depan akhbar Sin Chew Daily yang menyebut Ahmad Shabery adalah seorang daripada sembilan menteri dari Umno yang dikatakan akan digugurkan daripada barisan Kabinet.

"Dengan kerajaan Barisan Nasional hilang majoriti dua pertiga, adalah lebih baik untuk mempunyai lebih ramai penyokong kerajaan...alasan kukuh untuk mengecilkan saiz Kabinet," katanya. - Bernama

pirahhhh!!!! hang tu patut letak jawatan lama dah! puihhhh!

No comments

Powered by Blogger.