buat tatapan sahabat BPN...

MENANG... Calon Pas, Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin memenangi kerusi Parlimen kasawan Bukit Gantang menewaskan calon BN Ismail Saffian dengan majoriti 2,789 undi. Foto mStar Oleh G.MANIMARAN.
RAI KEMENANGAN..Sebahagian daripada 10,000 penyokong Pas yang berkumpul di luar Dewan Majlis Perbandaran Taiping bagi meraikan kemenangan calon parti itu, Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin. Foto mStar Oleh G.MANIMARAN.




TAIPING: Calon Pas, Datuk Seri Ir Moha Nizar Jamaluddin memperolhi 21, 860 undi dengan majoriti 2,789 undi.

Calon Barisan Nasional, Ismail Saffian memperoleh 19,071 undi manakala calon Bebas, Kamarul Ramizu mendapat 62 undi.

Keputusan rasmi diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya pada pukul 9:45 malam.

Selepas keputusan rasmi diumumkan kira-kira 10,000 penyokong Pas yang berhimpun di luar dewan meraikan kemenangan calon parti itu dengan membakar bunga api di kawasan tersebut.

Dalam ucapan penerimaan Nizar berkata ini kemenangan kepada rakyat Perak dan Malaysia secara keseluruhan.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa ketika ditemui berkata pihaknya telah menjangkakan keputusan hari ini.

Katanya ia juga signifikan dari sudut landskap politik Perak dan nasional khususnya selepas krisis politik Perak yang bermula Februari lalu.

2 comments

langhafur said...

Tengok itu TV1, tetamu jemputan kata kemenangan PAS bukanlah menggambarkan keseluruhan negeri Perak.. apa punya haprak..kalau berani, kasi bubarla DUN Perak, tengok apamacam...
Alhamdulillah PR menang...

Amri Mat Saaid said...

salam

Mamat PM dr. Azmi tu memang hardcore UMNO di UTMKL, mmat juruhebah memang lerr die cari makan

Powered by Blogger.