Bukit Gantang LIVE - Kisah pilu di Pekan Trong pagi ini ! Hampeh..!!

Pilihan posting lawak wak dari Pekan Trong. Zon perayu Undi BN di tawan petugas perayu Undi dari PAS. Baru ajer perayu undi pi azan, hangpa semua lari..adoii...awatnya ? Patut kalau perayu undi PAS pi Azan, hangpa pi laa tulung bentaq tikaq semayang..depa nak solat Dhuha..tu!

Lawak...lawak..akhirnya dikiri dan kanan jalan ke tempat mengundi didominasi oleh perayu Undi PAS..BN dah cabut lari ke Bilik Gerakan dan Pondok Panas...air..air...!! Panas beb ! Alamak..make up Puteri dan Wanita...cair digilis matahari...tulun...tulun..!

Muhyiddin (berbaju batik) berada bersama beberapa kerat penyokong BN.


Kehadiran Muhyiddin Yassin sekitar jam 10.00 pagi tadi disambut dengan gemaan laungan "rasuah" berulang kali dari petugas Pakatan Rakyat. Jumlah yang mengiring Muhyiddin juga tidak seramai yang mengiring Nizar sebelum dari ini.

Ada yang memaklumkan rungutan tidak puas hati dari seorang yang dianggap ketua yang menjaga pos BN kerana tidak ramai yang mengiringi Muhyiddin tadi.

Kalau begini layaklah dia fikirkan untuk lebih awal meninggalkan Bukit Gantang pada hari ini.

Dua wartawan Asing dari Australia ini kelihatan sejak awal pagi berada di sini

albanjari

No comments

Powered by Blogger.