ulasan lansung peringkat awal dari bukit selambau!

PKR Akan Menang Besar di Bukit Selambau?

HAMPIR kesemua bangsal panas di peti undi dimonopoli Melayu di Bukit Selambau dikuasai UBN. Nisbah yang memasuki bangsal panas ialah 70% UBN dan 30% PKR. Dua peti undi dalam kawasan Bukit Selambau dalam pilihan raya umum lalu pun dimenangi oleh UBN.

Pengundi di kedua peti undi ini kira-kira 1,800. PKR hanya memperolehi kurang separuh daripada jumlah berkenaan. Bagaimana pun menurut pengamat perkembangan hari ini ada sedikit peningkatan, walaupun PKR kalah di dua peti undi ini tetapi boleh mengurangkan undi UBN.

Sementara itu di lain-lain pusat pengundi kedudukan masih sekata. Paling jelas ialah pengundi Cina mirip kepada PKR manakala India berbelah bahagi. "Setakat ini tidak ada seorang pun pengundi Cina yang memasuki bangsal panas UBN," jelas seorang pelapor.

Menurut laporan bilik Gerakan UBN, sikap pengundi Cina sukar untuk dibaca kerana mereka lebih mendiamkan diri dan tidak menunjukkan cula yang jelas. Berpandukan kepada sikap demikian, ini bermakna pengundi Cina akan berpihak kepada PKR.

Seorang pengamat dan petugas PKR meramalkan PKR akan menang dengan majoriti besar melebhi 3,000 undi.

Sementara itu maklumat bilik Gerakan UBN juga mengakui kedatangan penjolak Abdullah Badawi sampai jatuh, Mahathir Mohamad tidak banyak memberi sumbangan kepada calon UBN. "Tidak sampai 3 % pengundi swing apabila mendengar syarahan Mahathir," katanya.

Menurutnya pengundi masih ingat kepada seruan Dr Mahathir sebelum ini supaya menafikan hak dua pertiga UBN di Parlimen. Katanya seruan Mahathir itu masih diingat dan akan terus mengekalkan kejayaan yang dicapai dalam pilihan raya lalu.

Sementara itu di peti undi Matang Gelugur Pas mengatasi UBN dengan kelebih lima undi. Pas mendapat 185 manakala UBN mendapat 180 undi. Angka ini berdasarkan kepada jumlah pengundi yang sudah membuang undi.

Sekiranya momentum ini kekal ini bermakna Pas berjaya merampas balik peti undi Larut Matang yang sebelum ini Pas kalah dengan kekurangan 48 undi.

mso

No comments

Powered by Blogger.