ulasan awal dari bukit gantang!
Pusat Mengundi di Bukit Gantang Gamat dan Hangat
HAMPIR semua pusat pengundi di Bukit Gantang dalam keadaan panas dan sesekali menimbulkan ketegangan. Keadaan ini menyebabkan polis terpaksa bekerja keras memantau agar tidak sampai berlaku pergaduhan serius yang boleh mencemari proses pilihan raya.
Kesemua pusat mengundi dipenuhi dengan perayu undi kedua-dua buah parti. Kumpulan sorak kedua-dua parti yang saling cabar mencabar mulut antara satu sama lain menyebabkan keadaan di pusat mengundi riuh randah.
Di Matang Gelugur dalam DUN Kuala Sepetang menjadi tegang apabila kumpulan penyokong UBN dan Pas saling cabar mencabar antara antara satu sama lain. Pergaduhan hampir meletus.
Katanya bekas calon MB Kelantan, Awang Adek Hussein yang bertugas bagi Umno di sini cuba menunjukkan samseng dengan memasuki ke kawasan pengundian sedang beliau tidak mempunyai surat kuasa.
Menyedari itu petugas Pas telah mempertikaikan tindakan Awang Adek Hussein dan melaporkan kepada polis. Polis telah menasihat Awang Adek Hussein keluar dari kawasan mengundi dengan disorak oleh penyokong Pas.
Tindakan itu tidak disenang Awang Adek dan para penyokong UBN yang terus memakin hamun penyokong Pas.
Di Kepala Bukit, simpang Ibol antara tempat yang paling panas. Ratusan penyokong kedua parti awal-awal lagi tiba mengambil posisi masing-masing. Hampir kesemua penyokong kedua-dua pihak terdiri daripada anak-anak muda yang seakan sudah disiap untuk bertindak secara agresif.
Walaupun keadaan gamat namun belum ada kejadian yang tidak diingini berlaku. Kedua penyokong masih dapat mengawal diri dan keadaan. Kawasan ini juga menjadi tumpuan media massa kerana sejak awal lagi simpang Kepala Bukit ini dikenali pasti kawasan panas dan hangat.
Waktu ini ( 9:00 pagi - 12:00 tengah hari) adalah waktu paling rancak para pengundi keluar untuk menuanikan kewajiban masing-masing.
Sehingga kini situasi di bangsal panas memberi petunjuk sama rata. Baik Pas atau UBN tidak berani untuk membuat telahan siapa kalah dan siapa akan menang.
Cuaca di Bukit Gantang baik. Manakala seluruh jalan dalam kawasan Bukit Gantang penuh sesak. Dianggar lebih 100,00 buah kenderaan memasuki Bukit Gantang. mso

No comments
Post a Comment