ee....kotornya najib?eee....kotornya pemimpin umno!

Naib Presiden PAS, Mohd Sabu mencabar Timbalan Perdana Menteri agar membersihkan imej beliau daripada segala tuduhan sebelum mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri tidak lama lagi.

"Kita mahu Najib bersih daripada tuduhan sebelum mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, maka saya cabar beliau mendakwa akhbar Perancis, Liberation yang menuduhnya terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya," katanya dalam satu ceramah di Taman Menteri, Changkat Jering, malam tadi.

Beliau turut menggesa agar satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat kes tersebut.

"Kita mahu kes ini disiasat di mahkamah bagi memastikan hal ini diselia di bawah prinsip keadilan dan ketelusan agar kebenaran terbukti supaya Perdana Menteri kita ini kelak bebas daripada tuduhan dan salahlaku yang memalukan," ujarnya.

Selain itu, Mohamad turut menyatakan bahawa Umno kini sudah tidak relevan berdasarkan bukti kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Umno, iaitu Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudin agar membubarkan beberapa sayap parti tersebut bagi memulihkan Umno.

"Betapa teruknya Umno dengan rasuah sampai Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Umno, iaitu Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudin mencadangkan agar ditutup sayap-sayap dalam parti.

"Itu sahaja caranya untuk ubati Umno, tapi kalau seekor binatang jika seluruh anggotanya dibuang, lama-lama dia matilah," katanya lagi.

Sementara itu, beliau turut menyatakan bahawa generasi muda hari ini lebih banyak merujuk berita menerusi laman web berbanding membaca suratkhabar.

"Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Malaya, lebih Daripada 90 peratus golongan muda membaca berita daripada internet berbandingMembacanya di akhbar," ujarnya lagi.

Hal ini katanya, merupakan kesan kebangkitan atau gelombang kesedaran rakyat dengan jaringan maklumat yang bersifat global yakni tanpa sempadan. Oleh yang demikian, mengulas mengenai perkembangan pilihan raya Bukit Gantang, beliau menaruh keyakinan bahawa PAS akan berjaya dengan majoriti yang lebih besar pada kali ini kesan tsunami politik dan kehendak rakyat yang inginkan perubahan.politik banjar!

No comments

Powered by Blogger.