Krisis Perak boleh selesai jika pihak terbabit sanggup berunding - Penganalisis

SHAH ALAM: Pensyarah Fakulti Undangundang Universiti Teknologi MARA Dr Shad Saleem Faruqi mengesyorkan supaya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat duduk semeja dan berunding bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak.

Beliau berkata usaha menyelesaikan kemelut itu menerusi mahkamah boleh menjadi salah satu jalan penyelesaian yang sesuai, namun ia dijangka akan mengambil masa yang panjang kerana ia pasti disusuli dengan rayuan demi rayuan terhadap setiap ketetapan yang dibuat mahkamah.

Dr Shad berkata demikian ketika menyuarakan pandangannya dalam Rancangan Hujah yang disiarkan di TV9 malam ini, dan antara panel yang turut menyertai perbincangan dengannya dalam rancangan itu ialah peguam terkenal Datuk Mohd Shafee Abdullah dan Presiden Majlis Peguam Malaysia Ragunath Kesavan.

Rancangan Hujah dipengerusikan oleh Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Mohammad Agus Yusoff.

Sementara itu Mohd Shafee berkata kemelut politik di Perak boleh diselesaikan sekiranya proses mahkamah dapat dipercepatkan, manakala Ragunathan berpendapat masalah ini boleh diselesaikan dengan mengadakan pilihan raya bagi mendapatkan mandat baru rakyat.

Perak ketika ini berhadapan dengan kemelut politik apabila bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar mengemukakan saman dan mencabar kesahihan pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang baru.

Mohammad Nizar, yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu mengemukakan permohonan bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah selain untuk mendapatkan injunksi menghalang Dr Zambry daripada melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar. BERNAMA


yeyeyeye..mesti najib guna duit masa berunding? najib kan kaya..kahkahkahkahkah...penyokong umno kan suka pemimpin makan wang haram!

No comments

Powered by Blogger.