Elizabeth Wong jumpa MB Kelantan semalam

PETALING JAYA: Exco Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang kembali bertugas Khamis lalu selepas bercuti berhubung isu tersebarnya gambar separa bogel beliau, semalam mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat di kediamannya rasminya di JKR 10, Kota Bahru.

Dipetik Mingguan Malaysia, Wong berkata, pertemuan 45 minit itu tidak membincangkan soal isu moral melibatkannya tetapi lebih membincangkan mengenai hubungan antara kaum.

Wong memberitahu, tujuan utama kunjungannyya adalah untuk mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Kelantan itu kerana memahami situasi dihadapinya dengan mengeluarkan kenyataan mempertahankan beliau sepanjang dua bulan lalu.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob berkata, pihaknya bersetuju dengan keputusan kerajan negeri Selangor mengekalkan kedudukan Wong sebagai Exco dan ADUN Bukit Lanjan.

"Kami tiada masalah kerana itu masalah peribadi dan tidak berkaitan orang lain.

"Kalau kerajaan Selangor sendiri boleh terima, maka kami tidak ada masalah.

"Menteri Besar Selangor lebih mengetahui keadaan sebenar dan saya percaya beliau buat keputusan setelah mengkaji sedalam-dalamnya," katanya lagi. -

-mstar.com.my-

No comments

Powered by Blogger.