TV, radio swasta diminta buat pembaharuan - Rais
JELEBU 19 April — Media swasta termasuk televisyen dan radio diminta membuat pembaharuan dengan meletakkan kepentingan negara di hadapan nilai komersial mereka.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan media swasta dalam masa terdekat bagi membincangkan pembaharuan yang akan dilakukan itu agar ia memenuhi aspirasi membina negara.
Pembaharuan itu bagaimanapun akan dibuat supaya tidak merugikan amalan komersil dan nilai keuntungan yang menjadi tunjang utama pihak swasta ini, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Seni Budaya di Simpang Pertang hari ini.
Rais berkata beliau telah meneliti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang menyentuh tidak kurang dari 52 peranan menteri berkaitan untuk menggerakkan jentera kerajaan dan swasta bagi membina negara dan bangsa Malaysia “Jika semua media mematuhi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, isu menyalahkan mereka oleh beberapa pihak tidak akan timbul...soalnya sekarang ialah ada saluran yang langsung tidak membawa mesej membina negara bangsa,” katanya.
- BERNAMA
jangan sebut lagi pasal altantuya tau kahkahkahkahkah....
No comments
Post a Comment