Harap rakyat tidak tertipu


Seperti yang dijangkakan, Dato’ Seri Najib Tun Razak telah mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri ke 6 setelah mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong.

Seperti mana Perdana Menteri sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia kali ini telah mengarahkan penarikan balik sekatan terhadap penerbitan akhbar, pembebasan 13 orang tahanan ISA dan akan mengkaji balik akta ISA.

Perbezaan ketara antara perlantikan Perdana Menteri sekarang dan Tun Abdullah Ahmad Badawi ialah di waktu perlantikan Tun Abdullah, rakyat mengenali beliau sebagai Mr Clean. Tetapi ketika perlantik Perdana Menteri sekarang, beliau sedang berdepan dengan masalah integriti dan moral yang belum dibersihkan oleh mana-mana mahkamah.

Ini memungkinkan keyakinan masyarakat terhadap beliau tidak sehebat keyakinan terhadap Perdana Menteri sebelum ini.

Pada permulaannya, penulis ingin bersangka baik terhadap ucapan permulaan Perdana Menteri dengan harapan pentadbiran negara akan menjadi lebih baik dan maju berdasarkan Islam yang menjadi agama rasmi negara.

TETAPI setelah difikirkan kembali, penulis merasakan harapan hanya tinggal harapan. Ketokohan seorang pemimpin tidak diukur bermula dengan perlantikan sebagai Perdana Menteri. Tetapi ketokohan seorang pemimpin diukur bermula apabila beliau mula menceburi bidang politik. Ketokohan itu, bukan sekadar dilihat dari segi kemampuan mentadbir, tetapi moral dan integriti perlu di ambil kira supaya kecemerlangan pentadbiran itu akan dapat diterjemahkan dalam sebagai ketua pentadbiran.

Dalam konteks Perdana Menteri sekarang ini, setahu penulis, beliau tidak pernah perubahan besar khususnya untuk Islam dalam setiap kementerian yang pernah dipegang antaranya Kementerian Pendidikan, kementerian Pertahanan dan kementerian Belia dan Sukan.

Mungkin pembaca yang lain pernah terdengar atau terbaca, tetapi penulis masih belum terjumpa fakta kecemerlangan kepimpinan Perdana Menteri sekarang.

Yang paling penting, Perdana Menteri sekarang ialah presiden Umno. Umno merupakan parti melayu yang masih mengamalkan dasar sekularisma dalam pemerintahan.

Pemisahan agama dan politik masih lagi ketara dalam pentadbiran, walaupun kenyataan ini acap kali disanggah oleh kepimpinan Umno. Sanggahan ini pun dikeluarkan selepas rakyat mula memahami pentingnya Islam menjadi teras dalam pemerintahan.

Bukti yang masih jelas ialah keengganan untuk melaksanakan undang-undang jenayah menurut Al-Quran. Sistem kewangan Islam (walaupun kerajaan cuba memperkenalkan perbankkan Islam, tetapi dasar Bank Negara masih tidak berubah) dan pelbagai lagi yang perlu disemak berpandukan Syarak. Kerajaan pimpinan Umno mungkin melaksanakan beberapan agenda Islamisasi, tetapi perbuatan mengambil separuh daripada ajaran Islam dan meninggalkan separuh ajaran lagi merupakan perbuatan yang sama dengan bangsa Yahudi dan kristian.

Sebab itu, selagi dasar tidak berubah, selagi itulah pemimpinnya negara akan dipacu sebagaimana kepimpinan sebelumnya. Kualiti pemimpin diukur berpandukan kepada dasar yang di bawa. Perancangan seorang pemimpin akan diatur berdasarkan kepada dasar yang di pegang.

Demi keamanan, kemakmuran dan keadilan, hanya Islam sahaja yang mampu menjadi penyelesai kepada semua masalah.

Harap rakyat tidak tertipu dengan segala janji manis pimpinan baru selagi mereka berpartikan dengan parti UMNO. Sudah sampai masanya UMNO di jadikan pembangkang di Malaysia.

www.attakiri.blogspot.com

No comments

Powered by Blogger.