hisyam pertahan ajak guru berpolitik

Hishammuddin pertahan cadangan guru kumpulan A dibenar berpolitik

GEORGETOWN: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mempertahankan cadangannya supaya guru kumpulan A dibenarkan terbabit dalam politik secara aktif.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran, berkata beliau mempunyai rasional sendiri dalam membuat cadangan itu.

"Apa yang diperkatan Tan Sri Ismail Adam (Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), adalah pendapat peribadinya.

"Bagaimanapun, dalam kita membuat keputusan mengenainya, perlu ada perbincangan dan mengambil kira semua pandangan seperti yang dilakukan sekarang," katanya di sini, hari ini.

No comments

Powered by Blogger.