ibrahim sekali lagi pendekar melayu?
KUALA LUMPUR 21 April - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyarankan hukuman mandatori penjara atau sebat dikenakan ke atas pihak yang menghina institusi raja-raja Melayu.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, mereka yang menghina institusi raja-raja Melayu perlu dihukum sama seperti yang dikenakan ke atas mereka yang melakukan jenayah berat.
Sehubungan itu katanya, pindaan ke atas Akta Hasutan perlu dilakukan supaya ia lebih terperinci, diperketatkan dan memudahkan pihak berkuasa mendakwa mereka yang terbabit.
"Pindaan ke atas akta itu akan memudahkan pendakwaan dilakukan ke atas sesiapa yang menghina, mencemuh dan mengutuk raja-raja Melayu menerusi tulisan di media, blog, risalah dan ceramah yang disampaikan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan yang harus dikenakan terhadap mereka yang mencemarkan institusi raja-raja Melayu yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini.
Pindaan ke atas Akta Hasutan itu jelasnya, akan turut memudahkan pendakwaan dilakukan terhadap mereka yang mempersoalkan hak istimewa orang Melayu, Islam sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Akta Hasutan sedia ada tegas Ibrahim, terlalu umum dan amat sukar untuk mendakwa seseorang jika pihak berkenaan tidak mempunyai cukup bukti.
Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar pula berpendapat, Akta Hasutan boleh diguna pakai untuk mendakwa mereka yang ingkar dan mencemar kedaulatan sultan.
"Sejak kebelakangan ini, terdapat pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang sudah tersasar dan tindakan ini akan merugikan rakyat jelata,'' katanya.
Bagaimanapun menurutnya, kerajaan perlu bertindak segera mendakwa mereka yang mencemar kedaulatan raja-raja Melayu di bawah Akta Hasutan.
Akta Hasutan jelasnya, perlu dikuatkuasakan dengan berkesan bagi mengelakkan perbuatan mencemar institusi raja-raja Melayu daripada terus berlaku.
Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad turut bersetuju agar pihak yang mencemar kedaulatan raja-raja Melayu dihukum.
"Jika yang terbabit tidak dihukum, dikhuatiri anak-anak muda tidak akan mentaati dan menghormati institusi raja-raja Melayu pada masa akan datang," tegasnya.
Menurut beliau, walaupun akta itu masih boleh digunakan sekarang, ia perlu dipinda dengan hukuman yang lebih berat dikenakan terhadap mereka yang bersalah.

No comments
Post a Comment