islam dap? islam umno? apa yang puak umno dok melalak?

Aku heran sungguh... sejak UMNO/BN perintah Malaysia ni, makin banyak pulak jadiknya agama Islam ni... dulu zaman Mahathir, ada Islam PAS... mai zaman Pak Lah, timbul pulak Islam HadHari, datang Najib, ada pulak Islam DAP.

Benda-benda macam ni la yang dok buat orang bukan Islam hilang respek dekat agama kita agama Islam. depa jadik pening. berapa banyak Islam ada atas dunia ni?

Zaman Mahathir dulu, bila PAS usulkan untuk jalankan sistem perundangan Islam (Hukum Hudud) UMNO cakap itu Hudud PAS, timbul dekat situ Islam PAS. padahal yang Islam bukan PAS, PAS sekadar membawa perjuangan Islam bersandarkan pada Al-Qur'an dan sunnah.

Benda ni sampai sekarang dok jadi mainan puaka-puaka UMNO/BN. bila cakap pasal hudud, depa bantai dengan Islam PAS. nama nak dok semeja bincang biar boleh laksanakan hukum hudud ikut Al-Qur'an dan sunnah memang jauh.

Yang ada cuma barua-barua yang mengaku memperjuangkan Islam tapi menolak untuk laksanakan hukum ikut perundangan Islam... geng-geng ni aku gelarkan geng anak anjing baru beranak. menyalak tapi tak tau pasai apa.

Mai pulak Pak Lah, dok promosi Islam HadHari. lagi jahanam... ada pulak rukun-rukun Islam HadHari. rukun Islam tak reti nak perkenal, dok sebok perkenal rukun Islam HadHari. orang-orang muda yang tak reti Islam langsung jadik celaru kepala hotak.

Masuk sekolah dalam kelas agama Islam cikgu ajaq lain, bila keluar sekolah ada pulak Islam lain. boleh pulak berparti-parti, anak bini pimpinan HadHari pulak dengan tak tutup aurat. rasuah sana-sini, timbul lagi macam-macam masalah melibatkan anak-anak muda.

Ni semua sebab Islam HadHari. promosi macam bagus, pelaksanaan hancus. yang lebih-lebih depa dok promote Konsert Sure Heboh. apa punya bingai.

Ni dalam masa kempen Pilihanraya Kecil Bukit Gantang ada pulak sekor bingai pakai nama Lokman Nor Adam, timbulkan pulak Islam DAP. bangsat-bangsat macam ni la yang dok perosak agama Islam.

Sebabkan PAS bergabung dengan DAP, sebabkan orang-orang cina dah mula paham bacaan dan jugak terjemahan ayat suci Al-Qur'an maka depa sebut sebagai Islam DAP. sungguh aku cakap bangsat-bangsat yang kepala otak dia macam Lokman Nor Adam ni adalah bangsat-bangsat yang merosakkan agama Islam.

Aku tak tau pasai apa bingai sekor ni boleh cakap ada Islam DAP, mungkin jugak bingai ni selama ni banyak sangat dok togak ayaq haram. sebab tu hati jadi gelap.

Mai nak habaq. kalau kata kita sebagai orang Islam sendiri dok halang orang-orang bukan Islam dari mengkaji dan memahami Al-Qur'an, macam mana agaknya depa-depa tu semua nak pahak ajaran Islam? macam mana hangpa nak kembangkan ajaran agama Islam kalau hangpa sendiri dok halang orang bukan Islam dari membaca Al-Qur'an?

Hangpa sebut tang mana dalam Al-Qur'an tu yang habaq bahawa orang bukan Islam tak boleh baca Al-Qur'an dan tak boleh kaji Al-Qur'an?

Mai nak habaq lagi satu... agama Islam tak ajaq kita supaya memusuhi orang-orang bukan Islam. kalau kata hangpa dok buat musuh dengan orang bukan Islam, macam mana agaknya agama Islam nak berkembang?

Cakap macam bagus "UMNO adalah parti yang memperjuangkan agama Islam" tapi dalam masa yang sama, hangpa bangsat-bangsat dalam UMNO lah yang dok meruntuhkan agama Islam di Malaysia.

Oi lembu-lembu UMNO mai nak habaq... Rasulullah dulu berdakwah dengan orang bukan Islam sampai agama Islam tersebar kemerata dunia. Rasulullah dulu tak dak habaq pun kaum itu, kaum ini tak buleh baca Al-Qur'an. ni nak habaq dekat hangpa, ayat Iqra' tu turun dia sebut apa?

Dah la bangsat-bangsat UMNO/BN... hangpa dah jauh sangat dah dari perjuangan Islam. tak dak satu pun perbuatan hangpa yang enguntungkan atau membantu mengembangkan agama Islam. orang bukan Islam tengok cara hidup hangpa pun depa geli.

Ada jugak pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO yang habaq memperjuangkan Islam ni cara hidup dia jauh lebih teruk dari cina-cina dan india-india yang bukan Islam... hangpa buat malu Islam ada la..!

Ni apa..? ada Islam DAP pulak dah? sape ajaq hangpa? Lokman Nor Adam ni dapat wahyu dari Jibrail ka habaq ada Islam DAP?

Bangang..!

perisik rakyat1

mic dan mca dok kawan dengan umno.... sepatah haram ayat puak ni tak reti.kahkahkahkah....ustaz umno, lu macam mana beb? kahkahkah.....

1 comment

akira® said...

kepada ustaz2 umno, pencacai2 umno dan sekutunya.
mai baca kat sini.
ada ka ciri2 ni kat hangpa. kalau ada bawak2 bertobat.

klik sini
MUNAFIK!! baca...renung...dan nilai...

Powered by Blogger.