kabinet najib: semua orang pak lah akan dibuang?

Syor anggota Kabinet Pak Lah letak jawatan

SEORANG Anggota Dewan Negara semalam menyarankan semua anggota Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan sebagai langkah perubahan.

Senator Datuk Akbar Ali berkata, ini bagi membolehkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bakal diangkat menjadi Perdana Menteri memilih barisan Kabinetnya sendiri.

"Saya sarankan seluruh Kabinet Pak Lah letak jawatan bagi membolehkan Najib melantik pasukan Kabinet baru dengan 100 peratus kebebasan.

"Bukan kerana tanda hilang keyakinan kepada Perdana Menteri tetapi sebagai satu perubahan kepada Kabinet baru," katanya ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara, semalam.

Akbar berkata, beliau berharap Kabinet yang bakal dibentuk Najib akan dapat mengubati penyakit yang dihadapi rakyat iaitu hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap kerajaan yang menjadi ‘virus pembunuh pada pilihan raya.

"Oleh itu, kita setuju dengan empat kriteria yang digariskan Najib berhubung barisan Kabinetnya iaitu setia, integriti, kompeten dan berdedikasi. Lihat saja nanti bagaimana Najib dapat menggembleng semua kebijaksanaan (beliau dan barisan Kabinet baru)," katanya.

Beliau juga berharap dengan pelantikan Najib, sesuatu yang lebih baik dan suntikan baru akan berlaku kepada negara.

"Ramai antara kita meletakkan harapan tinggi seolah-olah ada rasa keramat yang baru, ada aura tersendiri. Saya jangka akan berlaku suntikan baru. Rakyat menaruh harapan kepada Najib kerana beliau diyakini seorang pemimpin berwibawa," katanya.

Sementara itu, Senator Ahamat @Ahamad Yusop pula mengharapkan barisan kepemimpinan baru negara bersikap lebih kreatif dalam mentadbir negara dan menyelesaikan segala isu termasuk kegawatan ekonomi dan krisis kewangan.


buang je....jangan tak buang....pilih yang muda2..senang sikit nak cari rasuah!

No comments

Powered by Blogger.