patut la 12000 penyokong memenuhi pos UMNO semalam!

TAIPING 31 Mac – Bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz semalam turun padang bagi memantau perjalanan jentera pilihan raya pergerakan itu di kawasan Parlimen Bukit Gantang dengan mengunjungi bilik gerakan induk Wanita Barisan Nasional (BN) di Simpang dekat sini, yang telah dibuka sejak bulan lalu.

Walaupun tidak lagi mengetuai sayap parti itu malah tugasnya sebagai Pengarah Jentera Pilihan Raya Kecil Wanita BN di Bukit Gantang juga sudah diambil alih oleh Naib Ketua Wanita yang baru, Datuk Kamilia Ibrahim, beliau merasakan perlu datang untuk mengingatkan mereka supaya meneruskan tugas yang telah diatur sebelum ini.

“Harapan saya baki lapan hari lagi sebelum pilihan raya kecil akan digunakan sebaik-baiknya oleh jentera Wanita khususnya Ketua Rumah 10 untuk mengulang kerja yang telah dibuat sebelum ini iaitu merayu pengundi supaya memangkah calon BN.

“Kita tidak mahu kerja yang dibuat sejak bulan lalu menjadi sia-sia kerana kita memberi ruang kepada pembangkang menyusup masuk sehingga penyokong kita berpaling undi,” katanya kepada pemberita.


bila pidah mai? ha? orang bukit gantang pun tak tau! kahkahkahkahkahahkahkahkah

No comments

Powered by Blogger.