kambing kat kelantan dah masuk makhamah! lembu kat selangor bila lagi?

18 kambing kena reman



ANGGOTA Jabatan Veterinar Kelantan mengawal 18 kambing yang dibawa dengan lori ke Mahkamah Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU: Kehadiran lori milik Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Kelantan yang sarat dengan muatan 18 kambing untuk mendapatkan perintah tahanan lanjutan terhadap haiwan terbabit, mencuri tumpuan orang ramai di Kompleks Mahkamah Kota Bharu, semalam.

Semua kambing kacukan itu dirampas anggota Batalion 3 Rejimen Sempadan ketika disembunyikan dalam semak selepas diseludup masuk ke negara ini dari Thailand menerusi pangkalan haram Bechah Kaki, Rantau Panjang, pagi semalam.

Majistret Nor Haslinda Che Seman mengeluarkan perintah tahanan semua kambing terbabit dalam kamarnya selepas keluar membuat pemeriksaan terhadap kambing itu yang dimuatkan dalam lori penguat kuasa JPV itu ketika prosiding berlangsung.

No comments

Powered by Blogger.