mat taib....kena sepakan maut di selangor!

KLANG 12 April - Majoriti UMNO Bahagian di Selangor mahu Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu bagi menggantikan Tan Sri Muhammad Muhd. Taib yang tewas pada pemilihan baru-baru ini.

Ketua Penerangannya, Datuk Abdul Rahman Palil berkata, Perdana Menteri yang juga presiden parti adalah orang yang paling layak mengetuai UMNO Selangor pada masa ini.

Kata beliau, ia akan dapat mengelak timbulnya masalah tidak puas hati di kalangan penyokong pemimpin-pemimpin UMNO lain di Selangor.

Menurut beliau, Najib boleh melepaskan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak yang dipegangnya ketika negeri itu diperintah pakatan pembangkang dan menyerahkannya kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menang Naib Presiden dengan undi paling tinggi.

''Kita di sini menyerahkan sepenuhnya kepada Najib untuk memilih siapa yang layak menerajui UMNO negeri.

''Bagaimanapun berdasarkan maklumat risikan yang saya peroleh setakat ini, majoriti UMNO Bahagian di negeri ini mahukan Najib menjadi pengerusi kerana beliau lebih arif," kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis kesyukuran meraikan atlet basikal negara, Mohd. Rizal Tisin yang memenangi pingat gangsa dalam kategori ujian masa individu di Kejohanan Basikal Trek Dunia di Pruzskow, Poland baru-baru ini.

Majlis kesyukuran itu dianjurkan UMNO Cawangan Batu 4, Kapar di sini petang ini.

Muhammad dilantik Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor bagi menggantikan Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo selepas Selangor jatuh ke tangan pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Mac tahun lalu.

No comments

Powered by Blogger.