Pengundi Cina termakan dakyah Pas, DAP?: Zambry


ZAMBRY ketika ditemu bual wartawan Berita Harian di Kuala Lumpur, semalam.

Pilihan raya Bukit Gantang bukti BN dapat banyak undi Melayu

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Perak, Datuk Zambry Abdul Kadir, berkata Pas tidak boleh mendabik dada mendakwa Pakatan Rakyat mendapat sokongan sebahagian besar orang Melayu walaupun parti itu menang pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, minggu lalu.

Beliau berkata, kemenangan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian kerana mendapat sokongan pengundi Cina yang terpedaya dan terpengaruh dengan dakyah Pas dan DAP.

Katanya, sebelum pilihan raya itu, Mohammad Nizar dalam temu bual dengan sebuah akhbar mendakwa mendapat sokongan 70 peratus pengundi Melayu dan mempunyai kelebihan berbanding BN serta Umno dan bukan boneka kepada DAP termasuk ketika menjadi Menteri Besar Perak.



ayoyoyoy. macha....mimpi lagi ke cha? hang kalah..hang nak salahkan orang lain?

No comments

Powered by Blogger.