Kedatangan Mahathir Menambahkan kebencian pengundi kepada UMNO

mahatutKeadatangan Mahathir dan berkempen di Bukit Gantang menambahkan kebencian pengundi Melayu kepada UMNO. Luka lama di tahun 1998 berdarah kembali. Kecamannya kepada Anwar dan Menteri Besar Perak DS Nizar, membuka pekong di dadanya sendiri. Apatah lagi ianya disiarkan secara lansung dalam TV1 jam 11 pagi tadi.

Dalam pilihanraya taun 1999, orang Melayu telah menolak UMNO. Dikala itu Mahathir adalah PM Malaysia. Tuduhannya kepada Anwar sebagai berdolak dalik, sebagai peliwat mengingatkan kita kepada kata-katanya yang berdolak dalik. Tektik dalam pemerintahan regim UMNO-BN yang pernah diterajuinya, mula dikeluarkannya dalam pilihanraya Bukit Gantang. Melayu takkan lupa terhadap apa yang pernah diucapkannya dan apa yang pernah dilakukkannya. Mahathir tidak pernah mengenang budi terhadap orang yang pernah membantunya.

Dato’ Harun yang pernah membawanya kembali kepangkuan UMNO, Dr. Ghaffar Baba, Dato’ Hussein Onn, Tengku Razali, Tun Pak Lah dan ramai lagi pemimpin-pemimpin UMNO yang bersama beliau, menjadi kecaman dalam permaianan politik kotor Mahathir.

Umno merasakan telah mendapat senjata baru dalam PRK sekarang ini. Tetapi perkiraan mereka sangatlah meleset kerana kemarahan rakyat terhadap penyelewengan UMNO, tambah bersemarak dengan kehadiran Mahathir. Mereka sebenarnya lupa bahawa Mahathir yang digunakan sebagai senjata kali ini adalah penyokong yang membawa rebah… Syabasy Mahatir kerana almarhum Ust. Fadil Mohd Nor pernah mendoakan agar Mahathir panjang umur agar dapat melihat sendiri akibat daripada perbuatannya selama memerintah Malaysia dan balasan-balasan Allah yang menimpa beliau.


http://seriiskandar.wordpress.com/

No comments

Powered by Blogger.