Pecutan Terakhir Di Bukit Gantang


Hari ini, merupakan pecutan terakhir buat parti yang bertanding di Bukit Gantang. Suasana di Bukit Gantang meriah dengan kehadiran pelbagai jenis manusia yang datang untuk melihat sendiri bagaimanakah keadaan Bukit Gantang sekarang ini.

Hari ini, hari begitu sibuk, tidak sempat untuk menukilkan sebarang artikel yang bersifat berita.

Hari ini, hari terakhir untuk meraih undi, dan merupakan detik akhir untuk segala jentera meraih undi yang bersifatkan kempen. Namun, bagi PAS ia tidak pernah berakhir, tangan-tangan diangkat, dan ditadah kepada Kerajaan Tuhan Punya Dunia, untuk meminta supaya memenangkan PAS di dalam Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang ini.

Ia merupakan 'Pedang Malam', senjata orang mukmin dalam menghadapi peperangan. Doa, ia dimohon untuk memenangkan PAS dan mentadbir Bukit Gantang dengan diberi keberkatan oleh Allah swt. D.O.A - 'Dead Or Live' ia bukan satu perinsip, akan tetapi harapan terakhir kepada kita semua ialah Allah swt. Semoga diberkati segala urusan yang telah kita lakukan untuk memenangkan PAS di dalam pilihan raya ini nanti.

Segala usaha telah dilakukan, seterusnya kita bertawakal kepada Allah untuk memastikan PAS akan mendapat mandat daripada rakyat Bukit Gantang.

Dasar PAS adalah Islam, kita tidak pernah meninggalkan dasar tersebut.

PAS tidak pernah merasa kalah, ia bagaikan pepatah,
"Hidup(kalau nak hidup) sebagai seorang yang mulia, dan Mati(kalau nak mati) sebagai seorang yang syahid."
Ia memberi makna amat mendalam,

Al Quran dan Sunnah merupakan dasar PAS,

Allah berkata dalam surah al-Baqarah ayat 108,

"Wahai orang-orang beriman, masuklah kamu ke dalam agama Islam semuanya, dan janganlah kami ikut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya dia menjadi musuh yang nyata kepada kamu."

UMNO telah mengikuti jejak-jejak syaitan dan terus menghalalkan segala gerak kerja mereka walaupun perkara tersebut salah di sisi agama, mereka menyalahgunakan jentera kerajaan untuk kepentingan 'survival' UMNO seperti TV, akhbar dan lain-lain.

Perkara yang amat-amat dikesali ialah mereka telah meniupkan isu perkauman di Bukit Gantang, seolah-olah PAS ini 'racist'. Sebenarnya, merekalah 'racist'. PAS berpegang teguh dengan ayat 13, surah al-Hujurat,

"Wahai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan perempuan, dan kami menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu berkenalan (dan beramah mesra antara satu sama yang lain). Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu,(bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)."

Hj Hadi mengulas akan perihal ayat di atas di dalam bukunya, Takwa, Takut tetapi Rindu,

"Allah mengulangi perkataan takwa dalam beberapa ayat Quran, oleh itu, tiada siapa yang dapat memutar belit dalam perkara ini. Mari kita merenung kepada ayat-ayat Allah yang nyata bagi mengetahui hakikatnya yang sebenar supaya tidak sesat atau menyesatkan."- Haji Hadi.


Jika diizinkan oleh Allah, PAS akan menang!

Artikel ini juga patut dibaca -

Dikit Barat Khas Untuk Bukit Gantang - Selamat Mengundi!
UMNO Janganlah 'Racist' Sangat, Contohilah PAS Kelantan
UMNO Punca 'Racist' - Siti Nurhaliza tidak takut jumpa Tok Guru

-

No comments

Powered by Blogger.