Kes gangguan seksual: Wanita KeADILan mahu saman Bernama

SHAH ALAM, 20 April (SK) : Wanita KeADILan Zuraida Kamaruddin mahu kes ahli Srikandi KeADILan yang telah di ganggu dalam cubaan mencabul dengan gangguan seksual semasa kempen pilihanraya kecil P59 Bukit Gantang pada 6 April lalu diambil tindakan segera oleh pihak polis.

Beliau juga mahukan penjelasan daripada Bernama TV yang telah membuat liputan dan melaporkan bahawa Srikandi KeADILan itu bersifat penggoda dan juga membuat laporan palsu kepada pihak polis.

“Wanita KeADILan mahukan penjelasan dari Bernama dan jika tidak kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan saman terhadap agensi berita berkenaan,” tegas Zuraida semasa sidang akhbar beliau selepas majlis Hi Tea Wanita Pakatan Rakyat semalam.

Dalam sidang akhbar beliau hari ini, Zuraida menekankan bahawa selepas dua minggu insiden itu berlaku namun masih tiada siasatan atau tindakan yang diambil oleh pihak polis.

Ekoran laporan polis oleh wanita KeADILan itu di Balai Polis Simpang, Bukit Gantang pada hari kejadian, seorang ahli Srikandi yang hanya mahu dikenali dengan panggilan ‘Ana’, 20, bahawa pada kira-kira jam 4 petang, beliau dan lima lagi rakan-rakan Srikandi lain sedang berjalan melalui bilik gerakan Barisan Nasional berdekatan kawasan Simpang.

Lalu beliau ditarik dan dikepung oleh sekumpulan lebih sepuluh orang lelaki berumur kira-kira 50 - 60 tahun dan cuba melondehkan seluar yang dipakainya pada waktu itu. Mereka juga mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat terhadap beliau dan mempersendakan beliau.

Sebanyak tiga laporan polis telah dibuat oleh pihak Wanita KeADILan, di Balai Polis Simpang dan Balai Polis Changkat Jering dan diberi jaminan bahawa pihak polis akan mengambil tindakan yang sewajarnya namun setelah dua minggu berlalu tidak menampakan sebarang perkembangan yang dibuat oleh pihak polis.

Walaupun pihak Wanita KeADILan telah memberi gambar-gambar penyokong BN yang disyaki terlibat serta menyatakan ada rakaman CCTV daripada sebuah supermarket berhampiran namun tiada sebarang siasatan diambil oleh pihak polis.

“Saya berjumpa dengan seorang anggota polis yang berpangkat inspektor bernama Shahrin dan beliau telah berjanji akan memastikan kes ini dibawa ke pengadilan, maka saya akan pergi ke dua-dua Balai Polis untuk membuat tindakan susulan,” tegas Zuraida lagi.

Dalam kejadian tersebut, Ana telah diselamatkan oleh seorang penceramah bebas Arsian Napi, 50, serta seorang lagi rakan beliau yang kebetulan sedang minum di sebuah gerai berhampiran tempat kejadian yang juga berhadapan dengan bilik gerakan BN Simpang.

Beliau dengan tangkas bergegas ke tempat kejadian kerana mensyaki satu kejadian yang pelik sedang berlaku di situ. Beliau kemudiannya meleraikan kejadian yang menjijikkan dilakukan oleh sekumpulan penyokong BN yang sebaya dengan beliau.

“Saya dan rakan di pukul dan di halau dengan kata-kata kesat serta memaki hamun dangan perkatan yang tidak sedap di dengar,” kata Arsian semasa sidang akhbar tersebut.

Ibubapa Ana merasa amat terkilan dan sedih keatas nasib yang menimpa anak mereka dan mahukan latarbelakang Ana dirahsiakan demi menjaga maruah keluarga dan diri Ana dari difitnah oleh orang-orang yang berniat jahat terhadap beliau.

“Mereka meminta supaya identiti Ana tidak di hebahkan atas alasan keluarga Ana tinggal di kampung dan tidak mahu pihak tertentu mangambil kesempatan keatas musibah yang berlaku,” jelas Zuraida lagi.

Walau bagimanapun pihak Wanita akan pergi ke dua-dua Balai Polis berkenaan dan mendesak supaya pihak polis beertindak dengan segera.

Sementara itu, Wanita Dap Teresa Kok yang juga menghadiri sidang akhbar tersebut, berjanji akan membawa kes in ke sidang Parlimen dan menuntut supaya Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Sharizat Jalil supaya mengabil segera bagi menyelesaikan perkara ini sehingga dibawa ke pengadilan.

No comments

Powered by Blogger.