najib dah insaf?

Bakal Perdana Menteri buat kenyataan mengenai arah tuju kerajaan Jumaat

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak yang akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau insaf terhadap amanah berat yang bakal dipikulnya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau dengan rasa tawaduk dan rendah diri sedar bahawa mengambil alih jawatan itu bukan mengenai status atau kuasa, tetapi soal tanggungjawab serta harapan rakyat kepadanya serta kerajaan.

"Saya amat insaf bahawa ini satu tanggungjawab sangat berat yang saya terpaksa pikul di atas bahu saya dan saya rasa satu penghormatan amat besar.

"Tetapi lebih penting daripada itu, saya bawa satu perasaan keinsafan yang amat mendalam, berasa tawaduk bahawa ini bukan soal status atau kuasa, tapi tanggungjawab kita dan harapan rakyat kepada saya serta kerajaan amat besar," katanya selepas majlis penyerahan peruntukan sebanyak RM80 juta di bawah pakej rangsangan ekonomi kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Bantuan Kerajaan di sini, semalam.

No comments

Powered by Blogger.