panasnya perlis sekarang!

Bekas menteri besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim mengesyorkan agar Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik menjadi pengerusi badan perhubungan Umno Perlis bagi menyelesaikan kemelut Umno di negeri itu.

Merujuk kepada cadangan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam supaya menteri besar dan ketua menteri dilantik menjadi pengerusi badan perhubungan Umno di negeri, Shahidan berkata ia bukannya penyelesaian yang baik.

shahidan kassim 02Shahidan, yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Perlis, berkata jika beliau tidak lagi diperlukan lagi, maka adalah lebih sesuai jika Muhyiddin - selaku timbalan presiden Umno - mengambil alih jawatan itu, lapor Bernama.

Merujuk kenyataan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, menyokong cadangan Mohd Ali, beliau berkata: "Kalau dia kata semua menteri besar dan ketua menteri layak jadi pengerusi badan perhubungan Umno negeri, saya pula beranggapan bahawa semua pengerusi badan perhubungan Umno negeri, layak jadi menteri besar."

Shahidan berkata beliau merasa malu kerana terdapat masalah politik dalam sebuah negeri kecil sedangkan perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

Mengenai kenyataannya bahawa beliau terkilan kerana tiada wakil dari Perlis dilantik menganggotai barisan kabinet yang dibentuk oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak, Shahidan berkata, perasaan itu hanya terasa untuk seminggu sahaja.

"Saya menyokong kabinet baru itu tetapi saya tetap akan merayu supaya akan ada wakil dari Perlis menganggotai kabinet selepas ini," katanya.

Beliau berkata Perlis adalah negeri yang menang besar pada pilihanraya umum lalu dan wajar ada wakil daripada negeri itu.

No comments

Powered by Blogger.