PAS Sudah Lain

Oleh Muhaimin Sulam

Selepas melJOM SERTAI PASewati usia lebih 60 tahun, PAS sudah banyak berubah. Sudah lain dari asalnya. Memang lain sekali.

2. Asalnya dari sebuah parti bernama Persatuan Ulama Se Tanah Melayu yang dianggotai oleh alim ulama. Yang DiPertua Agong pertamanya seorang ulama terkenal, Tuan Hj. Ahmad Fuad Hasan. Ulama kaum tua, berpengaruh dalam istana, belajar di Mekah dan berkawan rapat dengan Dato' Onn Jaafar. Semua AJK pertama persatuan itu adalah ulama.

3. Dalam Persidangan Persatuan Ulama Se Tanah Melayu ke 3 yang bertempat di Titi Serong, perwakilan bersetuju menukar nama kepada Persatuan Islam Se Tanah Melayu agar dapat melewati pengaruh politik di luar kawalan ulama. Akhirnya, masuklah Dr. Burhanuddin al Helmy, Dr. Zulkifli Muhamad, Mohammad Taha Talu, Khatijah Sidek, Abdullah Zawawi dan beberapa ahli politik kiri jika tidak sosialis tapi mereka lebih
nasionalis.

4. Penentangan mereka terhadap Jus Soli daripada Perlembagaan 1946 Malayan-Union hingga Perlembagaan Persekutuan 1948 terus konsisten. Pembentukan Malaysia 1963, ditentang oleh PAS kerana menyebabkan orang Melayu semakin mengecil samada dari segi demografi, ekonomi dan juga politik. Sepanjang 60an hingga pilihanraya 1969, agenda perjuangan PAS adalah mempertahankan hak kepentingan orang Melayu Islam daripada ancaman bukan Melayu. Kecaman dan kritikan terhadap Perikatan-Umno kerana mengkhianati amanah bangsa Melayu kepada mereka.

5. Selepas Tragedi 13 Mei, pimpinan PAS bagai mengubah haluan dari sebuah parti pembangkang di peringkat nasional kepada sebuah parti kerajaan setelah bersetuju mewujudkan kerajaan campuran PAS-Perikatan dan seterusnya membentuk BN pada 1973. Bersama-sama dengan Umno untuk membangunkan Islam dalam kerajaan dan negara.

6. Peralihan kepimpinan Umno dari Tun Razak kepada Hussein Onn mempengaruhi akhirnya perubahan kepimpinan dalam PAS dari Dato' Asri kepada Yusuf Rawa yang bertemakan kepimpinan ulama. PAS menjadi lebih konservatif, tradisionalis dan lebih radikal dengan idea negara Islam.

7. Sebaliknya dalam keradikalan itu, PAS menghulurkan salam persahabatan dengan masyarakat bukan Islam dan mewujudkan kerjasama politik melalui CCC. Meski gagal dan menyebabkan Ustaz Nakhaie letak jawatan dan berundur dari parti. Idea tahaluf siasi dikembangkan dari untuk masyarakat bukan Islam kepada parti-parti politik serpihan seperti S46, Hamim dan Berjasa.

8. Tahun 1998, PAS secara rasmi berkerjasama politik dengan DAP yang sejak 1963 (PAP) 1965 (DAP), yang selama ini berlaga arus. DAP yang menentang konsep `negara Islam' berada dalam satu barisan dengan PAS yang menentang konsep `Malaysia Malaysian'.

9. Pilihanraya 2008, pertama kali wanita India menjadi calon PAS di Johor. Ini tidak pernah berlaku. Dr. Mariah menang di Parlimen Bukit Raja, kawasan majoriti bukan Islam. Berpuluh ribu lagi menjadi ahli Kelab Penyokong PAS di seluruh negara. Orang bukan Islam dan Melayu tanpa rasa bimbang mengibarkan bendera PAS, melaungkan `Allahuakbar' dan sanggup ber`jihad' demi Islam.

10. PAS sudah lain. Lain dari yang lain.

No comments

Powered by Blogger.