Peletakan jawatan Fairus satu mainan politik?najib tuya kata!!

KLANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyifatkan peletakan jawatan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Mohammad Fairus Khairuddin sebagai ADUN Penanti semalam sebagai satu mainan politik untuk tujuan-tujuan tertentu.

Mohd Najib berkata, keputusan yang dibuat oleh Mohammad Fairus itu adalah satu keputusan politik.

"Terlalu banyak masa, tenaga, wang ringgit dibelanjakan untuk pilihan raya kecil yang tidak perlu sebenarnya," katanya selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia di sini, hari ini.

Semalam, Mohammad Fairus, 32, mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ADUN Penanti berkuatkuasa serta merta atas alasan ingin memberi tumpuan penuh terhadap usahanya melanjutkan pelajaran ke pasca siswazah dan sekaligus memberikan masa kepadanya untuk bersama dengan keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasannya.

Beliau telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan Pengerusi Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat Negeri berkuat kuasa 8 April lalu.

Mengulas lanjut, Mohd Najib berkata, rakyat pada dasarnya tidak suka kepada pilihan raya kecil yang sengaja diadakan.

Ditanya peluang Barisan Nasional (BN) untuk memenangi pilihan raya kecil berkenaan, Mohd Najib berkata, perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah soal prinsip.

"Ini bukan soal peluang tetapi saya bercakap mengenai soal prinsip kerana berdasarkan perlembagaan, anggota Parlimen atau pun DUN perlu meneruskan khidmatnya sehinggalah ada sebab tertentu yang menyebabkan beliau tidak boleh berbuat demikian.

"Tapi meletakkan jawatan jelas bertentangan dengan konsep demokrasi berpelembagaan kerana apabila seseorang itu menawarkan diri untuk berkhidmat dalam satu tempoh tertentu, beliau harus bersedia berkhidmat kepada rakyat," katanya.

Mohd Najib berkata, terlalu banyak 'politiking' yang berlaku dalam negara boleh menjejaskan tumpuan terhadap pembangunan negara.

"Pada masa sekarang, kita harus tumpu kepada usaha untuk pulihkan ekonomi negara dan untuk membolehkan kita membela kepentingan rakyat," katanya.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas dakwaan pembangkang berhubung keputusan mahkamah semalam mengenai situasi politik di Perak yang boleh menimbulkan huru hara seperti yang berlaku di Thailand, Mohd Najib berkata, perkara tersebut tidak mungkin berlaku.

"Saya tidak nampak ada krisis sebab kita adalah sebuah negara dan masyarakat yang berpegang teguh kepada keluhuran dan undang-undang negara.

"Jadi undang-undang mestilah menjadi prinsip yang harus kita hormati.

"Jangan kita hanya menghormati apabila keputusan itu berpihak kepada kita...dan bila tidak berpihak kepada kita, buat lain pula," katanya.


kat perak tu macm mana YAB? mainan politik gak ker? ke BN banyak kali kalah hang jadi malas nak lawan dah?

No comments

Powered by Blogger.